Pada 26 April 2013 kami
meneruskan perjalanan dari Louannec ke Lisieux, iaitu sebuah bandar kecil di
wilayah Normandie. Jemputan dari
Academie Bothoan Gayong Normandie mengamit seribu perasaan untuk bertemu
dengan anak-anak Gayong disitu. Disitu persatuannya dipimpin oleh saudara
Anthony Poussot, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam beladiri dan
telah jatuh cinta dengan Silat Seni Gayong kerana falsafahnya. Seorang yang
menolak politik didalam persatuan secara total dan hanya mahu menumpukan seni
beladiri dalam memperbaiki diri sendiri dan sumbangan pada masyarakat setempat.
Perjalanan memandu selama 5 jam
dari Louannec ke Lisieux menyusuri jalan kampung amat mengujakan. Disusuli
dengan musim bunga yang baru bermula. Perjalanan awal mengikuti lebuhraya dan
ditukar melalui jalan kampung kemudian ditukar ke lebuhraya semula agar
pengalaman diperolehi menyusuri pelbagai arah.
Perjalanan dimulakan pada jam
1000 dan tiba di Lisieux jam 1500. Acara pada hari tersebut bermula jam 1700.
Masa yang ada diambil oleh team KHTC untuk berehat. Persinggahan kami di
Lisieux dengan hati yang terbuka dan bersungguh dipelawa oleh saudara Anthony
Poussot untuk bermalam dirumah beliau. Sebuah pangsapuri yang terletak
betul-betul di tengah bandar Lisieux. Sebagaimana juga semangat Gayong di
Louannec yang mempelawa kami bermalam di rumah beliau yang terpaksa kami
menolak kerana memikirkan keadaan isterinya yang mengandung dan menunggu masa
untuk melahirkan bayi. Atas dasar menghormati dan memahami kami telah memilih
untuk menginap dihotel.
Sambil menunggu masa acara, kami
disajikan dengan minuman oleh tuan rumah dan menyerlah semangat persaudaraan
Gayong pada orang asing yang baru mengenal Gayong hampir setahun setengah.
Sambil berehat yang disusuli dengan gelak ketawa kekeluargaan kami merasakan
seolah suasana berada ditanahair sendiri.
No comments:
Post a Comment