Friday, July 19, 2013

Sebutan DZAT Dalam Silat Seni Gayong



Dengan Bismillah mula dikata,mengingati kebesaran Allah yang mulia, ...begitulah sebahagian bait-bait pantun yang dicipta oleh Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman sebagai panduan untuk anak yang bergelar Gayong. Bukan itu sahaja dalam latihan kita juga diarahkan untuk menyebut Dzat. Setiap pergerakan dalam persilatan dilatih menyebut Dzat ini. Mengapa kita tidak menyebut sahaja sebutan lain seperti beladiri lain. Apakah Dzat ini? Mengapakah ianya cukup penting dan menjadi amalan sebutan dalam setiap latihan? Apakah rahsia disebalik sebutan itu? Terlalu banyak persoalan diminda kita berkenaan dengan sebutan Dzat ini.Keterangan ini dikongsikan setelah diminta oleh seorang anak Gayong memberikan ulasan tentangnya.

Gambar Hiasan


Mari kita memahami apakah Dzat itu. Dzat adalah sebutan yang disebut makhluk atas penciptanya. Dzat disini adalah hakikatnya yang sebenar dalam penegasan terhadap tauhid yang sepatutnya setiap makhluk fahami. Dalam Silat Seni Gayong , Dzat yang menjadi sebutan dalam latihan, adalah untuk mengingatkan anak Gayong akan tauhid kepada Allah. Setiap latihan akan dimulakan dan dihentikan dengan bacaan AlFatihah,AlIkhlas dan Selawat. Sebutan Dzat ini tadi adalah kelangsungan dari bacaan pembukaan sebelum latihan bermula. Mengapa ianya begitu? Ini dapat diperjelaskan didalam Surah AlIkhlas yang diucapkan tadi. Surah yang hanya mempunyai empat ayat tetapi maksud Dzat atau hakikat Allah itu nyata disampaikan. Dzat yang Ahad yang tidak ada yang menyerupai apa sekali pun dari sebesar zarah hingga sekecilnya. Maka tauhid ini dilangsungkan pada pergerakan silat dengan sebutan Dzat untuk menyatakan bahawa segala Ahad itu hanyalah Allah tuhan semesta alam. Kita ini hanyalah hamba dan segala gerak dan kuasa itu adalah milikNYA.

Perlakuan dalam menyebut Dzat ini tadi disertakan dengan cara pernafasan.Nafas apa yang masuk dan yang keluar berserta dengan sebutan Dzat ini.Untuk mengetahui kaedah yang tepat perlulah mengadap guru agar diberi tunjuk akan jalannya.Kalau sudah memahami kaedah yang betul ,kita akan merasai suatu perubahan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan.Dari kedudukan Alif, duduk dalam LamAlif dan bertapak dalam keadaan Ha, disertai sebutan Dzat dalam pernafasan yang betul menjadi pelengkap bagi pengamalnya.

Dimana keluarnya sebutan Dzat yang disebutkan ini semasa melakukan pergerakan. Sebutan Dzat ini datangnya dari dalam perut dan berhenti didalam dada semasa sebutan dilafazkan.Sebutan ini berhenti disitu, yang  keluar hanyalah bunyinya sahaja.Pada dasar ini maka saling melengkapilah sebutan,pergerakan dan pernafasan .Terlalu banyak rahsia yang tersembunyi disini yang perlu dituntut. Mentelaah hanyalah sebagi pembuka minda untuk memahami dan menyelam lebih dalam lagi.

Diharapkan dengan penerangan yang ringkas ini memberikan kefahaman, dan jalan yang terbaik ialah dengan berjumpa guru agar apa yang dituntut beroleh berkatnya.

Semoga kita semua diberkati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...