Friday, March 29, 2013

Sekilas Minda - Gayong dan Politik



Masa bergerak tanpa disedari. Trend pun sudah berubah. Setiap yang berlalu mendatangkan baik dan buruknya. Penglibatan Silat Seni Gayong didalam kancah politik tanahair ada pro dan kontranya. Jika dulu penglibatannya hanya sebagai mengangkat martabat Melayu dengan perlantikan pemimpim-pemimpin tertinggi kerajaan memerintah sebagai pemegang sandang kehormat dalam pertubuhan itu sendiri. Malah ada yang diberikan jawatan tertinggi dalam Gayong sebagai pimpinan tertinggi sebagaimana yang dikurniakan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Mustapha , sekadar menyebut beberapa pimpinan.

Sejauhmana penglibatan pertubuhan Gayong sebagai NGO yang berdaftar mestilah ada panduannya. Telah nyata pertubuhan Ngo tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Dinyatakan juga dalam perlembagaan pertubuhan sebagai badan bebas yang menjalankan aktiviti persilatan budaya bangsa Melayu.

Sekadar Gambar Hiasan

Penglibatan secara terang-terangan mungkin boleh mendatangkan impak yang besar keatas pertubuhan NGO ini. Persoalannya yang bermain dalam minda, apakah pulangan yang diterima oleh ahlinya? Ataukah ianya hanya pulangan untuk golongan tertentu sahaja.

Apapun tidak dapat dinafikan penubuhan asal Gayong ada kaitnya dengan politik. Pada masa itu perjuangannya adalah untuk bangsa Melayu dan sesuailah dengan zaman itu. Zaman perjuangan mencapai kemerdekaan dan meletakkan bangsa Melayu ketahap yang tertinggi setelah sekian lama dijajah pemikiran ,budaya dan sosio kehidupannya.

Jika sekarang apakah matlamatnya pula? Suatu perkara yang perlu diperdebatkan agar perjalanan pertubuhan yang sekian lama dapat dinikmati bersama oleh ahlinya yang terdiri dari pelbagai bentuk pemikiran.

Apa salah jika kita gerakkan sumber intelek ahli Gayong yang ramai ini untuk memajukan Gayong secara ilmiah tanpa melibatkan diri secara telus dalam sebarang aktiviti kepolitikan.

Tidak dapat dinafikan dimana sahaja perlukan penglibatan politik tetapi sejauhmana kebijaksanaan kita mengendali dan mentadbirkannya menjadi ukuran kita sebagai badan NGO. Terlalu banyak ruang untuk dilihat dan dikaji agar tindakan pimpinan tidak mewujudkan jurang pemikiran dikalangan ahli.

Oleh itu saranan agar pengendalian pentadbiran Silat Seni Gayong digerakkan berlandaskan perlembagaan sebagai  NGO patut dikendalikan dengan lebih bijaksana.Bersama kita menyumbangkan kaedah yang terbaik untuk keharmonian dan kesejahteraan  Silat Seni Gyaong kita ini.

Semoga kita semua diberkati.


1 comment:

  1. Salam.. sya pernah bljar silat gayong ni semasa d kolej suatu ketika dahulu tp bukan lah pro sgt cuma blajar basic2 tu pun dah lupa dan sudah lama d tinggalkan atas urusan kerja namun skrg ingin mnyertai lagi tp tak tau nak cari kumpulan dulu2 smasa d kolej

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...