Terhenti langkah seketika,
teringat kembali saat berlatih dahulu,kini dan selamanya.Topik yang hendak
dikongsikan adalah mengenai pecahan. Setelah kita mempelajari perkara asas
Silat Seni Gayong, pemahaman kita diteruskan dengan pecahan tapak.
Apakah pecahan tapak ini?
Pecahan tapak ini adalah satu
kaedah pemahaman tentang aspek olahan gerak laku dari kaedah pembelaan dalam
konteks falsafah Silat Seni Gayong. Apa yang perlu difahami disini adalah tentang
Tapak Gayong ini.Ada kaedah mengenal pasti akan pola Tapak Gayong ini,bukan
dengan mudah untuk memecahkannya. Tidak menjadi persoalan jika masih juga ingin
memecahkannya tetapi keaslian tapak tersebut akan hilang dan keberkesanan pola
seterusnya akan pudar.
Amat mudah untuk memecahkannya
tetapi jika tiada pemahaman akan menjadi sukar sepenuhnya dan ianya akan
menjadi sumbang. Bukan sahaja sumbang dari segi langkah sahaja malah ia akan
berkait dengan pukulan maupun kuncian yang bakal kita lakukan.
Sekadar Gambar Hiasan |
Pemahaman formula tentangnya
adalah amat penting dan kata kekunci itu menjadi panduan kepadanya.Kita
mengambil contoh dalam melakukan Seni Tapak Kunci Mati yang dinamakan sebagai
Sawa Berendam.Kita mudah mengaplikasikannya mungkin ,kerana latihan yang kita
sering jalankan,
TETAPI apabila melakukan pecahan kuncian ini adakah ianya menepati piawaian asas yang ada padanya. Langkahnya,tangkapannya,kunciannya,jaraknya, kaedah memusnahnya dan itu dan ini. Hanya yang diberi kenal manikam sahaja berupaya melakukannya kerana SENI pemahaman Gayong itu telah tersemat dijiwanya.Ibarat tersematnya lambang naga disisi kiri bajunya.
TETAPI apabila melakukan pecahan kuncian ini adakah ianya menepati piawaian asas yang ada padanya. Langkahnya,tangkapannya,kunciannya,jaraknya, kaedah memusnahnya dan itu dan ini. Hanya yang diberi kenal manikam sahaja berupaya melakukannya kerana SENI pemahaman Gayong itu telah tersemat dijiwanya.Ibarat tersematnya lambang naga disisi kiri bajunya.
Ada satu kaedah yang amat penting
dalamnya yang mana perlulah dicari dari
guru yang arif tentangnya.Tulisan ini sekadar pembuka minda buat yang mencari
agar dapat kekal keasliannya. Dalam erti kata melihat sekali sahaja lenggoknya
kita sudah dapat mengenal pasti keasliannya dan kalaulah ianya sudah jelas
aslinya tindakan susulan seperti kuncian dan pukulan tidak akan dapat kita
sangkal lagi dan pastilah asli juga jadinya.
Kesilapan yang kerap dilakukan
adalah kerana fahaman kita yang sejengkal hendak dijadikan sedepa. Kaedah
aslinya kita masih kabur masih tercari-cari dan tertanya-tanya. Apabila ini
berlaku maka perbuatan kita itu akan hilang nilai-nilai Seni Gayongnya.Mungkin
kita berasa puas hati atasnya tetapi pada dasarnya ia tersasar dari formula
rahsianya.
Kalau sudah mengenalnya tidak
akan ada nada negatif malah boleh duduk serumpun bersama memeriahkan suasana
lengok langkah bersahut bersambut.
Semoga kita semua diberkati
Lenggok langkah tarinya,
Kelek kekanan disedarinya,
Sepi sunyi asyiknya,
Qiam,fana lagaknya.
Dalam huruf duduknya,
Huruf tujuh jadinya,
Bertitik sudah tandanya,
Supaya mengenal asalnya.
No comments:
Post a Comment