Monday, March 11, 2013

Ilmu Hikmah Keris Gayong




Berbicara tentang keilmuan keris , bukan hanya sekadar mengetahui kaedah permainan,permulihan,penjagaan malah ia juga merangkumi ilmu hikmah keris. Jarang sekali dan mungkin kita alpa atau terlupa tentangnya. Sambil merenung pengalaman silam terlintas dalam minda aku akan ilmu hikmah ini. Salah satu ilmu hikmah yang berada dalam Silat Seni Gayong.


Sungguh banyak sekali ilmu hikmah Gayong ini sehingga kekadang terlepas pandang.Salah seorang guru yang aku ketahui mempunyai pengalaman ilmu hikmah ini adalah Allahyarham Cikgu Aziz Shariff, yang menjadi tonggak kepimpinan Gayong di Negeri Pahang suatu ketika dahulu. Sebelum itu memang sudah diketahui tentang ilmu hikmah ini semasa aku berkunjung ke Taiping.

Sekadar Gambar Hiasan

Ilmu hikmah keris atau amalan keris ini disusuli dengan doa tertentu sambil menyapu kemenyan pada mata keris tersebut. Doa yang dizahirkan dari AlQuran dan menyatakan kepada yang Haq .Atas IZINNYA tuhan semesta alam, kesannya semirip ilmu kipas nandong, pancung tak bertanya dan ilmu Melayu yang lain.Kalau terbaca atau mendengar kisah bagaimana Arwah Dato Meor membelah pokok pinang begitu jugalah dengan ilmu hikmah keris ini. Cuma kesan serangannya boleh dilihat pada garisan merah atau jalur merah pada sasarannya .


Ini salah satu lagi ilmu hikmah Gayong kuno yang aku teringat untuk berkongsi  sesama anak-anak Gayong semoga menjadi pedoman untuk mengali khazanahnya agar tidak luput suatu masa nanti.Apabila berbicara tentangnya teringat pula pesanan Almarhum Dato Meor yang berbunyi dalam ringkasnya, ilmu Gayong ini berada merata dan berbeza dari setiap individu maka diarahkan kita mencarinya.Mungkin masih ada guru yang mengetahuinya tetapi mungkin terlupa atau menyimpan sebagai panduan dirinya sendiri,  juga mungkin kerana jarang sekali berbicara tentangnya maka lupa ia untuk menyatakannya. Apapun diharap dengan pembukaan tentang ilmu ini semoga ia menjadi pemangkin akan pengumpulan ilmu-ilmu Gayong yang amat jarang sekali diperdebatkan maupun kedengaran.


Semoga kita semua diberkati dan faham akan Gayong ini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...