Tanggal 17 September setiap tahun sebagaimana yang diceritakan oleh
Almarhum adalah disebut sebagai Hari
Sang Sapurba.Sempena pada hari yang penuh bersejarah ini, dikisahkan serba sedikit akan Tri Buana Sang
Sapurba ini, semoga menjadi ingatan pada anak-anak Gayong.Beginilah
penceritaannya yang dapat dikongsikan sebagaimana yang disampaikan suatu ketika
dahulu di tanah bertuah yang bergelar Air kuning,Taiping:
Sang Sapurba satu gelaran yang
tidak asing lagi dalam alam Melayu.Begitu juga didalam pertubuhan Silat Seni
Gayong. Bermulanya sejarah Sang Sapuba ini yang bersusurgalur dari Melayu
Srivijaya apabila Sang Nila Pahlawan[bitjitram syah] dimasyhurkan menjadi Raja
Melayu dan permasyhuran itu dititahkan di Bukit Seguntang. Mulai saat itu
gelaran Sang Sapurba Seri TriMurthi Tri Buana dimasyhurkan semula sebagai
meneruskan alam berRaja Melayu ini. Sang Sapuba inilah penerus memastikan berkesinambungannya
Raja-Raja Melayu yang memerintah di alam nusantara Melayu ini sebelum dan
selepasnya.
Sang Sapuba juga memberi kata
makna mula dan akhir bagi setiap Raja- Raja Melayu. dalam erti kata keturunan
raja inilah yang menjadi pemerintah alam Melayu ini.Didalam Silat Seni Gayong
,permasyhuran Sang Sapurba keatas Almarhum DYMM Sultan Idris Iskandar Shah 2, sultan
pemerintah Negeri Perak dilaksanakan pada awal 70an membawa maksud yang
tersirat.
Dato Meor Abdul Rahman dan DYMM Sultan Idris Sang Sapurba Negara |
Permasyhuran Sang Sapuba bukan
satu mainan atau sekadar dongengan sejarah jika mahu dilaksanakan.Ianya perlu
dilakukan dengan penuh teliti akan aspek adat istiadat yang telah diperturunkan
semenjak seawalnya lagi.Jangan ianya menjadi bahan kerakusan politik untuk
pertubuhan sahaja dan rasa syok sendiri .Tanya pada diri kita siapakah yang
layak melakukan permasyhuran ini? Adakah pemilihan untuk permasyhuran itu kena
pada masa dan tempatnya? dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab disini.
Perebutan permasyhuran tidak akan membawa kemana , apa yang penting
ianya hendaklah dilaksanakan yang
terbaik dari segi adat-istiadatnya.
Siapakah yang akan memikul tanggungjawab sebagai "Batala"nya?
Siapakah yang akan memikul tanggungjawab sebagai "Batala"nya?
Siapakah yang benar-benar lengkap kefahaman adatnya?
Siapakah yang berkebolehan mencemar duli?
Siapakah yang mempunyai taraf sedemikian?
Ilmu perlu dituntut,bukan
diwarisi sebagai petikan sedikit ingatan kata-kata dari Almarhum Tuan Syed
Zainal Al Attas.
Jangan tersalah langkah mencemar
duli ,akan termakan pula daulahnya.Ingin diutarakan juga sedikit lagi
soalan.Apa pentingnya Sang Sapurba bagi Melayu? Apa peranannya Silat Seni
Gayong dalam hal Sang Sapurba ini? Apa sebenarnya Silat Seni Gayong ini?
Permasyhuran ini adalah satu
kerja yang amat besar, sedangkan kita masih bertelagah tentang adat-istiadat
dalam Silat Seni Gayong ini.Kerja perkhataman yang besar pun kita masih gagal
melaksanakan dengan terbaik dan terlalu banyak versinya.Inikan pula kita hendak
melangkah bagi melaksanakan permasyhuran Sang Sapurba.Tepuk dada tanya
selera.Perbincangan yang mendalam perlu tersemat sebelum semuanya
dibuat.Mengenal pasti jawapan kepada pelbagai persoalan perlu diselesaikan.
Ingin dikongsikan sedikit hal
Sang Sapuba ini. Sang Sapuba ini jika tiada yang mengiringi selengkapnya
{perkara yang perlu difahami sedalamnya} maka janganlah kita cuba meneroka
susurnya.
Pertabalan Raja sebagai Sang Sapurba hendaklah dilaksanakan beberapa
perkara :
1} Diperlimau tapak Raja yang berkenaan.
2] Disiram Raja yang berkenaan dengan penuh adat istiadat.
3} Diterima perjanjiannya atau angkat sumpahnya [lafaz katanya yang
betul dengan penuh susunan].Perjanjiannya itu adalah menyatakan kesetiaan ahli
Gayong kepada Raja dan kesetiaan Raja kepada ahli Gayong dan saling tidak boleh
derhaka.Nescaya derhaka akan ditimpa bala dari Allah Taala. Penerimaan ini
diterima dengan penuh janjinya bersyafaatkan saksi baginda Rasulullah saw.
selesailah pertabalan itu.
Semoga dengan perkongsian kecil ini menjadi jambatan bagi anak-anak Gayong khasnya dan orang Melayu khususnya akan perihal kedudukan Raja ini. Hatta sistem beraja Melayu memang penuh pengkhususannya ada Raja memerintah ada Raja adat, yang perlu difahami oleh kita bangsa Melayu. Pegangan perjanjian ini wujud rukun damai dikalangan Melayu dilindungi dan diberkati serta dilimpahi rahmat dari Sang Pencipta Sekelian Alam.
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment