Monday, March 19, 2012

Rahsia Dalam Rahsia





Semenjak dua ini banyak diperbincangkan isu rahsia dalam rahsia Silat Seni Gayong. Pelbagai pandangan dan saranan dilontarkan untuk memperjelaskan perkara ini. Yang tinggal hanyalah sekadar perbincangan dalam alam maya sahaja. Pandangan yang diberikan berdasarkan pelbagai rujukan , pengalaman dan kefahaman persendirian. Tetapi apa sebenarnya yang dikatakan rahsia dalam rahsia ini?

Marilah kita ambik satu tajuk dalam membuka minda kita tentang rahsia dalam rahsia ini. Sering diperkatakan rahsia ini adalah dalam persekitaran pelajaran Silat Seni Gayong. Tetapi adakah ianya hanya dalam persekitaran itu sahaja atau skopnya lebih besar dari itu?

Kita cuba menyingkap rahsia ini supaya ia boleh dijadikan landasan untuk perbahasan kita dalam memahami akan hal Gayong ini.

Sebagai pembuka kata mari kita bincangkan dalam hal tentang pelajaran Gayong itu sendiri. Apa yang sebenarnya yang dikatakan rahsia dalam rahsia itu? Adakah hanya dengan mengajar Seni Tapak Kunci Mati Gayong sudah dikatakan membuka rahsia Gayong itu? Secara logiknya seni ini yang sering kita buat dan lakukan adakah kita fahami yang sebenar kaedahnya ? atau hanya sekadar mainan minda dan angan-angan kita sendiri.

Sebagai contoh Kilas Sawa Berendam yang telah ramai menyebutnya  sebagai Sinking Python kerana peranan media electronic  siaran Youtube dan siaran antarabangsa yang lain. Phenomena ini sekarang menular dikalangan ahli beladiri di luar Negara. Adakah ianya telah menepati piawaian seni maupun rahsia yang sering kita bahaskan?

Ingin saya memberi  sedikit ulasan tentang hal ini semoga ianya dapat dikongsikan bersama. Didalam perbuatan buah kuncian ini, dimanakah letaknya rahsia itu? Adakah dari pegangannya kah? Langkahnya kah? Perbuatannyakah? Namanyakah? Petuanyakah?

Terlalu banyak yang perlu diperbahaskan.Kalau dikatakan pegangannya, manakah pegangan yang betul?kalau dikatakan langkahnya pula manakah yang betul  langkah nya itu.Bila dilihat dari segi ini macam tidak kan habis perbincangannya.

Jika dilihat pula dari segi Adat dalam Silat Seni Gayong, dimanakah yang kita boleh bahaskan sebagai rahsia dalam rahsia? Mengambil contoh yang lazim dijalankan , perlimau tapak atau seni. Apakah rahsianya disitu, adakah petuanya?adakah berkatnya?adakah ikrarnya?

Memang terlalu banyak rahsia tersembunyi disetiap aspek Silat Seni Gayong ini.Oleh kerana itu untuk memahami rahsia-rahsia ini perlukan tahap pengetahuan yang tinggi melalui tuntutannya.

Apa pun kalau kita fikirkan semula ,adakah kita ini mempunyai cukup bahan untuk memperjelaskan perkara sedemikian. Mungkin fahamannya ada dalam rangkap pantun karangan Almarhum Dato , kita pun belum kaji secara mendalam,terlalu banyak ruang kajian yang perlu dilakukan.

Pada  pandangan saya perbahasan tidak salah tapi biarlah ianya kena dengan ilmu, dan pandangan kita itu dapat membina kearah positifnya bukan hanya sekadar omongan untuk kepentingan semata-mata. Semoga ianya menjadi ilmiah yang terbuka agar diterima dan difahami dari aspek kepelbagaiannya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...