Wednesday, March 14, 2012

Gotong Royong Kediaman Almarhum Dato Meor Di Air Kuning, Taiping



Banner Program

Pada 10 March 2012 Gayong Larut Matang, Taiping telah mengadakan Majlis Gotong Royong membersihkan kediaman yang pernah didiami oleh Almarhum Dato Meor Abdul Rahman di Air Kuning, Taiping. Kediaman yang suatu masa dahulu dibanjiri dari pelusuk rantau tanahair dan antarabangsa kini layu ,usang tanpa mendapat pembelaan . Terlalu ramai murid Gayong yang sekarang kebanyakannya telah menjadi gurulatih Gayong yang terkenal dilahirkan atas latihan disini.

Sebelum Kerja Dijalankan


Majlis dimulai pada jam 8am dan kumpulan yang mula-mula sampai adalah dari UNISEL seramai 40 orang dibawah naungan gelanggang KHTC.Pembahagian kerja telah dilakukan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang membersihkan dalaman kediaman, luar kediaman, mengumpulkan sampah dan membakar dan yang membersihkan kawasan sekeliling.



Kerja Pembersihan Sedang Dilaksanakan

Majlis juga dihadiri dari pelbagai gelanggang, dari UTM Johor,UTun Hussein Johor, Terminal Bersepadu,Politek Behrang dan gelanggang bersekitar serta dihadiri juga dari kalangan guru-guru lama Gayong seperti Cikgu Ahmad Ismail, Cikgu Pak Ngah Ezhar, Cikgu Badek, Cikgu Kudus, Cikgu Aziz dan ramai lagi gurulatih dari pelbagai gelanggang.

Team Dari Unisel
Team Dari UTM Johor dan Uni Tun Hussein Onn Johor


Cikgu Sazali Salleh@Meor rahman selaku pengerusi program telah menyampaikan sejarah tentang kediaman ini.Bermula dari Tuan Syed Zainal hinggalah kepada Dato Meor Rahman.

Dokumen Penting Yang Dijumpai Semasa Pembersihan


Sehingga jam 2pm kawasan kediaman tersebut telah dapat dibersihkan dan diucapkan terima kasih kepada yang terlibat dan juga kepada yang menyokong.


Selepas Dibersihkan

Dipetik dari kata-kata ucapan Cikgu Sazali Salleh@ Meor Rahman, “ingatlah asal usul kita iaitu Silat Seni Gayong, kembalilah sebagaimana ianya bermula dan disinilah sejarahnya ia bermula”. Kita sebagi anak-anak Gayong renungkan lah maksud yang tersirat dari ucapannya.Semoga kita semua diberkati didalam perjuangan kita mengembang dan menyampaikan Silat Seni Gayong ini.


Anak-Anak Gayong Yang Terlibat

Seni Gayong Seni Melayu,
Tumpahnya di tanah bertuah,
Jangan lupa asal usul kamu,
Agar perjuangan mendapat barakah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...