Zaman beredar fesyen pun
berubah,kalu dilhat dalam tahun 70an disebut orang hippies dan 80an disebut
orang rockers.Mereka-mereka ini semua berambut panjang dan menjadi identiti
bagi peminat rambut panjang ini.Diceritakan juga hulubalang Melayu dahulu pun begitu
juga.Ada yang hanya separas bahu , ada yang melewati had bahu. Apa pun jika
dinilai dan dikaji perkara ini, perlakuan tersebut ada memberikan satu sebab
yang amat penting disamping menjadi identiti pada pandangan masyarakat umum dan
ada segelintir memandang serong akan hal tersebut pada era kini.
Tahukah akan kita apakah rahsia
berambut panjang ini.Rambut inii adalah azali kejadian pada manusia dan setiap
kejadiannya itu pasti ada manafaatnya pada makhluk itu sendiri. Rambut adalah
sebagi satu sensor deria yang keenam {sixth sense} pada tubuh manusia dan ia
bertindak sebagi radar yang menerima maklumat akan musibah yang akan menimpa
sesuatu tubuh tersebut. Ia melengkapkan deria rasa dalam tubuh badan kita
seperti bau,naluri dan sebagainya.
Sekadar Gambar Hiasan- Thank You Google |
Jika kita sedang tidur sebagai
contoh deria daripada rambut ini menjadi radar dan sebagai pelengkap dengan
deria-deria lain yang menapis maklumat.Sehingga jika serangan yang akan dibuat
pada masa kita sedang tertidur,maklumat deria ini disahkan oleh rambut dan atas
penerimaan data tersebut kita dengan bingkas bersedia menghadapi serangan
ataupun mematahkan serangan tersebut.
Sekadar Gambar Hiasan-Thank You Google |
Rambut ini bukan sahaja yang
disebut sebagai mahkota pada tubuh kita malah mana yang sejenis dengannya pun
mempunyai tugas-tugas tersendiri.Dalam kelimuan hulubalang sebagai contoh
rambut yang dari ibu jari kaki atau kita gelarkan juga bulu kaki atas petua dan
ilmunya boleh digunakan sebagai pengerun atau chucha dengan seteru kita.Begitu
pentingnya kedudukan bulu yang kita kenali dan disebut rambut ini. Sebagai contoh
lagi rambut misai yang panjang digunakan dengan ilmu dan petuanya sebagai
penawar racun dalam minuman atau makanan. Rambut kening digunakan sebagai
petunjuk geruh didalam keilmuan hulubalang Melayu.
Sekadar Gambar Hiasan-Thank You Google |
Melalui rambut juga
perkara-perkara sihir dilakukan bagi memusnahkan lawan.Itu kita melihat dari
segi perspektif pertahanan diri.Kalau dilihat dari perspektif forensik,
pengunaan rambut menjadi salah satu pemangkin pengesahan seseorang individu
itu.Begitulah betapa pentingnya rambut pada tubuh badan manusia ini.
Menyambung sedikit lagi akan hal
rambut ini,disamping contoh kepentingan seperti diatas ia juga berfungsi
sebagai menyalurkan deria jejak. Berimau-rimau, berimba-rimba ,falsafah Gayong
dan menjadi pegangan Hulubang Harimau ini.Apa pun keterangan ini sebagai
perkongsian tentang pentingnya rambut dari perspektif Hulubalang Melayu.
Semoga kita diberkati
No comments:
Post a Comment