Alhamdulillah dapat menyambung
penulisan sekali lagi setelah sekian lama menyepikan diri.Penulisan kali ini
ingin menyentuh dan berkongsi serba sedikit pandangan yang tidak seberapa akan
perjalanan Silat Seni Gayong.Untuk
penulisan kali ini kita cuba menyentuh tentang berkemungkinan tidak boleh bercantumnya anak-anak Gayong ini dalam
satu bumbung.Cuba kita mengambil beberapa fakta ini sebagai permulaan memahami
situasi semasa:
1] Tertubuhnya dan terdirinya
Pertubuhan,Persatuan,Klab,Team dan kepelbagaian lagi atas nama perjuangan
Gayong menampakkan kesukarannya untuk mencari jalan kearah meletakkan Gayong
dibawah satu bumbung.
2] Perlaksanaan adat yang sudah
agak berbeza mengikut pentadbiran adat dari semua badan telah juga memangkinkan
akan kesukaran tersebut.Ada sebahagian adat dan adab yang ditambah dan ada pula
yang telah dibuang dan pelbagai lagi mengikut kemahuan pentadbiran adat mahu
pun individu dari setiap badan yang telah sedia terdaftar.
3] Kewujudan kepimpinan yang
sukar untuk berkerjasama dalam semua segi yang bimbang akan kepentingan mahupun
jawatan mereka tergugat dan berlakunya permainan politik dalam badan yang amat
ketara.Ini memungkinkan penambahan kesukaran untuk bersama mentadbir atau
berada dalam satu pentadbiran
4] Tiadanya pengawalan dalam semua
segi terutama dari segi peningkatan ekonomi yang menyebabkan ada yang mengambil
kesempatan meningkatkan ekonomi mereka dengan jenama Gayong itu sendiri
5] Tiada wujud perubahan dalam
meningkatkan kemajuan badan baik dari segi pendapatan badan.Pengharapan pada
subsidi-subsidi yang disediakan dan pengharapan ini sahajalah yang ada dalam
pemikiran setiap badan untuk kemajuan badan mereka
6] Apabila telah wujud kepentingan
dari menanggung kos penyelengaraan dan sebagainya yang dikenakan keatas
kursus-kursus Gayong dalam kadar yang amat tinggi juga penyebab kesukaran untuk
bersatu.
7] Keadaan kucar kacir yang ada
dimana mana terutama pada kepimpinan yang dianggap berkaliber tapi yang berlaku
sebaliknya dan menyebabkan menjadi ikutan anak-anak Gayong sehingga boleh menyebabkan kekeliruan yang memanjang sehingga ke masa hadapan.
Apa pun itulah Gayong...Gayong ynag
kita semua sayangi dan semuanya berharap ianya dapat dipulihkan dan
bersatu.Walaupun nampak bukan suatu kerja yang mudah tetapi reformasi perlu
terlaksana bagi menjaga mengekalkan Gayong sebagimana asalnya dan mengembalikan
kredibilitinya dan bole dipercayai.
Semoga kita semua diberkati