Hamba menerima pertanyaan dari
anak-anak Gayong yang bertanya dan memberikan pandangan mereka mengenai yang
hamba suka sebutkan sebagai fenomena kenaikan bengkong yang kerap terjadi
dengan badan-badan Gayong pada masa sekarang.Dalam menilai perkara ini kita
perlu melihat perjalanan sistem pertubuhan-pertubuhan Gayong itu sendiri.Jika
dahulu kita hanya ada satu pertubuhan sahaja , dihari ini kita mempunyai
pelbagai pertubuhan,persatuan,kelab dan pelbagai lagi yang mengamalkan
pelajaran Gayong ini.Sudah tentu setiap badan-badan ini mempunyai citarasa dan
gaya yang tersendiri dalam mentadbir badan mereka. Oleh kerana
"feeling"nya itu lebih kepada Silat Seni Gayong yang diasaskan oleh
Almarhum Dato Meor Abdul Rahman, terbitlah perasaan dikalangan hati sebahagian
anak-anak Gayong menyatakan hasrat mereka agar penilaian terhadap kenaikan ini
dijaga dan disediakan "guide line" yang bersesuaian. Hamba amat
bersetuju dengan pendapat segelintir mereka ini demi menjaga kemurniaan Gayong
itu sendiri. Disini digariskan sedikit panduan agar jika ada keperluannya
bolehlah diambil sebagai kira dalam
memantapkan setiap badan terutama dalam urusan pertauliahan bengkong dalam
badan yang ditadbir mereka:
Sekadar Gambar Hiasan |
1] Melihatkan dalam setiap
pembelajaran tentu ada guru dan muridnya,jadi adalah dinasihatkan agar
mendapatkan rekomendasi daripada setiap guru yang bertanggungjawab keatas
kenaikan yang akan diterima oleh seseorang itu.Guru pasti mengenali muridnya
dengan lebih mendalam dan pengetahuan guru tentang muridnya adalah amat penting
sebagai permulaan penilain kenaikan dalam satu-satu tahap.
2] Perlu ada sistem ujian yang
jiitu bagi setiap tingkatan dan setiap kemahiran yang ada wajiblah bersesuaian
dengan tingkatan yang akan diterima.Perjalanan ujian juga hendaklah diambil
kira dari permulaan pelajaran setiap tingkatan bergantung kepada tingkatan yang
diambil.Sebagai contoh jika tingkatan yang diambil adalah bengkong merah ,
harus dan wajiblah yang diuji mengetahui pelajaran dari putih ke merah dan
diuji keseluruhan pelajaran itu.Bukan diuji hanya segelintir saja pelajarannya.Disini
peranan guru amat penting dalam penyediaan murid-muridnya dan gurulah yang
bertanggugjawab bagi menghantar murid-muridnya mengambil ujian apabila sudah
bersedia
3] Peningkatan bengkong dalam
satu-satu kursus singkat mahupun jangka panjang harus lah dihentikan.Sepatutnya
tujuan kursus hanyalah buat penambahan kefahaman akan apa yang telah dipelajari
dan bukanlah sebagai jambatan untuk meningkat dalam tahap bengkong.Amalan ini
tidak bersesuaian diteruskan dan dijalankan dan ianya wajib dihentikan
4] Pembentukan jawatankuasa
peningkatan bengkong hasil dari laporan ujian perlu dibentuk bagi mengelakkan
adanya penganugerahan bengkong mengikut hubungan baik diantara seseorang
individu dengan seseorang individu yang berkuasa dan layak memberikan kenaikan
dan juga penerimaan dari badan lain.Jika ada sebarang penerimaan dari badan
lain yang eloknya bukanlah bengkong tetapi mungkin berbentuk sijil penghargaan
dan mana yang dirasakan sesuai.Ini semua bagi mengelak dan mengawal "over
lapping" dalam hal peningkatan tersebut.
Kesimpulan ringkasnya kawalan
amat penting dalam peningkatan bengkong ini kerana ia melambangkan kemahiran
seseorang dalam hal ehwal Silat Seni Gayong.Apakah yang kita cari haruslah
padan dengan kelimuannya dan kita tidak mahu pada masa kehadapan ia merosakkan
tahap kualiti yang telah sedia ada sebagaimana yang telah terjadi pada badan
beladiri lain."Preventive is better than cure".Marilah kita bersama
memeliharanya , hanya kita yang mampu jika kita sayang akan Silat Seni Gayong
ini.
Semoga kita semua diberkati