Sunday, September 4, 2016

Peningkatan Bengkong Satu Fenomena



Hamba menerima pertanyaan dari anak-anak Gayong yang bertanya dan memberikan pandangan mereka mengenai yang hamba suka sebutkan sebagai fenomena kenaikan bengkong yang kerap terjadi dengan badan-badan Gayong pada masa sekarang.Dalam menilai perkara ini kita perlu melihat perjalanan sistem pertubuhan-pertubuhan Gayong itu sendiri.Jika dahulu kita hanya ada satu pertubuhan sahaja , dihari ini kita mempunyai pelbagai pertubuhan,persatuan,kelab dan pelbagai lagi yang mengamalkan pelajaran Gayong ini.Sudah tentu setiap badan-badan ini mempunyai citarasa dan gaya yang tersendiri dalam mentadbir badan mereka. Oleh kerana "feeling"nya itu lebih kepada Silat Seni Gayong yang diasaskan oleh Almarhum Dato Meor Abdul Rahman, terbitlah perasaan dikalangan hati sebahagian anak-anak Gayong menyatakan hasrat mereka agar penilaian terhadap kenaikan ini dijaga dan disediakan "guide line" yang bersesuaian. Hamba amat bersetuju dengan pendapat segelintir mereka ini demi menjaga kemurniaan Gayong itu sendiri. Disini digariskan sedikit panduan agar jika ada keperluannya bolehlah diambil sebagai  kira dalam memantapkan setiap badan terutama dalam urusan pertauliahan bengkong dalam badan yang ditadbir mereka:

Sekadar Gambar Hiasan
1] Melihatkan dalam setiap pembelajaran tentu ada guru dan muridnya,jadi adalah dinasihatkan agar mendapatkan rekomendasi daripada setiap guru yang bertanggungjawab keatas kenaikan yang akan diterima oleh seseorang itu.Guru pasti mengenali muridnya dengan lebih mendalam dan pengetahuan guru tentang muridnya adalah amat penting sebagai permulaan penilain kenaikan dalam satu-satu tahap.

2] Perlu ada sistem ujian yang jiitu bagi setiap tingkatan dan setiap kemahiran yang ada wajiblah bersesuaian dengan tingkatan yang akan diterima.Perjalanan ujian juga hendaklah diambil kira dari permulaan pelajaran setiap tingkatan bergantung kepada tingkatan yang diambil.Sebagai contoh jika tingkatan yang diambil adalah bengkong merah , harus dan wajiblah yang diuji mengetahui pelajaran dari putih ke merah dan diuji keseluruhan pelajaran itu.Bukan diuji hanya segelintir saja pelajarannya.Disini peranan guru amat penting dalam penyediaan murid-muridnya dan gurulah yang bertanggugjawab bagi menghantar murid-muridnya mengambil ujian apabila sudah bersedia

3] Peningkatan bengkong dalam satu-satu kursus singkat mahupun jangka panjang harus lah dihentikan.Sepatutnya tujuan kursus hanyalah buat penambahan kefahaman akan apa yang telah dipelajari dan bukanlah sebagai jambatan untuk meningkat dalam tahap bengkong.Amalan ini tidak bersesuaian diteruskan dan dijalankan dan ianya wajib dihentikan

4] Pembentukan jawatankuasa peningkatan bengkong hasil dari laporan ujian perlu dibentuk bagi mengelakkan adanya penganugerahan bengkong mengikut hubungan baik diantara seseorang individu dengan seseorang individu yang berkuasa dan layak memberikan kenaikan dan juga penerimaan dari badan lain.Jika ada sebarang penerimaan dari badan lain yang eloknya bukanlah bengkong tetapi mungkin berbentuk sijil penghargaan dan mana yang dirasakan sesuai.Ini semua bagi mengelak dan mengawal "over lapping" dalam hal peningkatan tersebut.

Kesimpulan ringkasnya kawalan amat penting dalam peningkatan bengkong ini kerana ia melambangkan kemahiran seseorang dalam hal ehwal Silat Seni Gayong.Apakah yang kita cari haruslah padan dengan kelimuannya dan kita tidak mahu pada masa kehadapan ia merosakkan tahap kualiti yang telah sedia ada sebagaimana yang telah terjadi pada badan beladiri lain."Preventive is better than cure".Marilah kita bersama memeliharanya , hanya kita yang mampu jika kita sayang akan Silat Seni Gayong ini.

Semoga kita semua diberkati


No comments:

Post a Comment