Bila kita memerhatikan seni
beladiri lain selain sebahagian persilatan kita dapati penumpuan lebih kepada
kepantasan tangan dalam mengawal serangan dan membuat serangan. Itulah bentuk
latihan yang mereka tumpukan agar tindak balas tersebut menjadi cepat bagi apa
jua keadaan pembelaan diri.
Konsep Silat Seni Gayong berbeza
dalam konteks sedemikian.Silat Seni Gayong menumpukan kepada pergerakan kaki,
kepantasan gerakan mengalihkan tapak dalam setiap situasi dan secara langsung
penggunaan tangan dilakukan bagi mendapatkan serangan balas seiringan. Kita
memang dibimbing kepada kaedah ini tetapi adakah kita dpat melakukan sebaik
mungkin akan kaedahnya? Untuk itu pemahaman terhadap Tapak Gayong adalah sangat
penting agar apa yang kita laksanakan menepati konsep pengajaran Silat Seni
Gayong.
Baik! mari kita menyelami dahulu
apa yang dimaksudkan dengan makna tapak.Tapak ialah asas kepada sesuatu langkah
tindakan atau perbuatan yang akan kita lakukan seterusnya. Sesuatu yang
bertindak ia dikenali sebagai langkah tetapi dalam persediaan melangkah inilah
ia disebutkan sebagai tapak.
Gambar Hiasan |
Jadi manakah Tapak Gayong yang
ada dalam sistem pelajaran Silat Seni Gayong ini? Tapak Gayong ini terlihat
pada kaedah menapak ,bekas tapak kaki yang berada dalam bilangan 1,3 dan
5.Dimanakah terletaknya tapak-tapak ini? Tapak-tapak ini terletak pada awal
gerakan permulaan dan penantian dalam pelajaran Silat Seni Gayong.Kaedah Tapak
Gayong ini sudah menyiap sediakan anak-anak Gayong dengan kaedah pembelaan diri baik dari segi kekuatannya ,keseimbangannya ,jaraknya ,ketepatannya dan
ketangkasannya.
Gambar Hiasan |
Sekali dilihat seolah-olah Tapak
Gayong ini kepelbagaian tetapi jika dilihat buat kali yang kedua akan didapati
asas tapak itu tetap disitu tidak berubah.Yang menyebabkan kelihatan berubah
kerana lenggok badan dan langkah perbuatan atas tindakan yang kita
lakukan.Walaupun sedemikian pengekalan kepada Tapak Gayong itu tetap menyerlah
dalam setiap tindakan melangkahnya maupun duduk dalam diamnya.Jika berlaku
sebarang kesilapan yang amat kecil dalam Tapak Gayong ini, penghasilan pada
melangkah atau tindakan keseterusnya adalah amat ketara yang memungkinkan tidak
akan berlakunya ketepatan atas sesuatu perbuatan . Penguasaan Tapak Gayong ini
membolehkan anak-anak Gayong menyiapkan diri dengan apa jua belaan samada
tangan kosong ataupun dengan penggunaan senjata.
Latihan kekemasan Tapak Gayong
ini kekal dalam keadaan asasnya sehingga benar-benar mahir bagi membolehkan
kaedah bermain dalam pelbagai bentuk persenjataan. Pembawaan kemahiran Tapak
Gayong ini mempermudahkan anak-anak Gayong dalam memahami kaedah yang
seterusnya yang disebut sebagi SENI GAYONG, yang akan dikongsikan dalam
penulisan yang akan datang. Tapak Gayong ini berada dalam semua keadaan
kedudukan samada kehadapan,kebelakang,kekanan dan kekiri. Lebih mudah dikatakan
dalam konteks 8 arah mata angin.
Melangkahnya kita kemana arah
pun, apabila bekas menapak itu terletak ternyatalah Tapak Gayong tersebut dalam
kaedah bilangannya. Pengusaan kaedah bilangan inilah yang akan mengenalpastikan
anak-anak Gayong itu telah benar-benar menguasai yang dikatakan Tapak Gayong
itu.
Semoga kita semua diberkati.
Tq cgu ats perkongsian ini..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete