Sunday, October 13, 2013

Sedikit Kisah Keris




Keris merupakan sebahagian dari budaya bangsa Melayu.Dianggap sebagai senjata,azimat dan juga sesuatu yang mempunyai kuasa ajaib.Sejarah pembuatan dan pembentukan keris ini tidaklah dapat dinyatakan bila, dan ia menjadi misteri kepada bangsa Melayu ini.Perkaitan dengan laut yang berombak dari satu hujung ke hujung, tawarikh kehebatan kesaktian Melayu yang bersimbolik dan penuh dengan mitos.Apa yang nyata ia telah menjadi lambang kepada bangsa Melayu sejak berabad yang lalu.Penciptaan keris penuh dengan falsafah,adab dan rahsianya.Walaupun begitu sifat keris yang disimpan didalam sarungnya apabila ia dikeluarkan ,dihunus dan digunakan pasti membunuh.Pembuatan keris mempunyai kepelbagaian bilahnya,ada yang lurus ada yang berlok 3,5,7,9 dan sebagainya.


Penciptaan bentuk-bentuk keris ini mempunyai cara dan kaedah yang berbeda dalam penggunaannya dalam kehidupan masyarakat Melayu dinusantara ini. Kaedah pembuatan keris dikatakan simboliknya dengan asal-usul kejadian manusia.Penciptaan manusia berdasarkan kepada empat unsur iaitu tanah,air,api dan angin.Dalam pembuatan keris bahannya dipilih dari asal kejadian tanah seperti besi,nikel diadunkan dengan api dan air semasa proses pembuatannya dan disertai dengan doa tertentu mengikut tujuan penempahannya.

Seni Keris

Dalam adab Melayu apabila keris dihunuskan ia menyatakan ini keris ,keris digenggamanku lantas dikucup dan dibawakan kehadapan dengan pernyataan,semua ini milik Allah.Disitu terserlahlah hulubalang Melayu,setiap nafasnya berlangkah dengan tari ,bunga dan buah menyatakan langkah persilatan tamatlah sudah dengan segala petua dan amalan menikam dan ditikam, menumbuk dan menendang.

Dalam Silat Seni Gayong permainan keris perlu dikhatamkan dipantai,suatu adat penamatan langkah hulubalang Melayu.Kepulauan Melayu dalam mitosnya dilingkarkan ular sakti muna atau naga keatas keseluruhan pulau perca nusantara Melayu ini.Serta disimbolikkan juga akan segala keris yang hebat dialam Melayu ini dikumpulkan ditengah lautan berdasar simbolik mitos naga ini. Mata bilah keris yang lurus diibaratkan ular yang sedang dalam pertapaan dan jika dihunuskan mata tersebut maka hilang sudah bicara yang tinggal hanya membinasa dengan cepat dan ringkas. Manakala bilah yang berlok diibaratkan ular yang menjalar dan membawa kesan tikaman yang kejam dan cepat.

Sejarah, pembuatan,pemilihan,permintaan,langkah dalam keris semuanya menyimpan rahsia tentang keunikan bangsa Melayu ini dan Silat Seni Gayong itu sendiri.Penulisan ini sebagai penambah ilmu dari apa yang difahamkan tentang Seni Keris dalam SIlat Seni Gayong sebagai mana yang disampaikan oleh guru pada suatu ketika dahulu.Apa pun dimohonkan agar dicari guru yang betul arif dalam hal ini agar pengetahuan dan pengalaman kita benar sebagaimana asalnya mainan dan kepentingan Seni Keris ini.

Semoga kita semua diberkati.




No comments:

Post a Comment