Jelajah KHTC pada April 2013
telah meninggalkan sumbangan yang amat tinggi buat Silat Seni Gayong di
Perancis.Hasil dari penjelajahan tersebut telah mula dapat dilihat bagi sessi
latihan 2013-2014.Pengorbanan wang ringgit,masa,titik peluh yang dilaksanakan
anak-anak Gayong telah mula bertunas di Bretagne. Iaitu sebuah pendalaman kecil
di barat Perancis yang dikenali sebagai Ploulec'h.
Saya berkesempatan berlatih
bersama anak-anak Gayong Bretagne pada sessi latihan yang kedua.Amat tinggi
sekali semangat mereka untuk mengetahui akan Silat Seni Gayong ini. Ia adalah
permulaan yang baik bagi Gayong Bretagne untuk sessi latihan penggal ini kerana
sambutan yang tidak dijangka.Walaupun hanya dengan 10 warga di daerah itu yang
ingin mencuba dan mengambil rasa akan Silat Seni Gayong ini.Pada saya cukup baik
kerana disini adalah amat sukar sekali untuk menarik pelatih yang ramai dan
bilangan yang ada ini cukup mengembirakan kami anak-anak Gayong disini.
Anak-Anak Gayong Ploulec'h,Bretagne |
Latihan yang bermula jam 8 malam
dan diakhiri jam 10 malam amat mengujakan.Mereka ini telah dikenalkan dengan
Senaman Bunga Tanjong dan dijelaskan aspek gerakan tersebut dari segi
pertahanan,latihan badan dan sebagainya.Turut disentuh juga Senaman Anak
Harimau yang pertama, bagaimana penyediaan pegangan penumbuk ,kaedah
badan,kaedah tumbukan dan sebagainya.Masa latihan selama 2 jam tersebut
dirasakan tidak mencukupi.Walaupun begitu semua pulang dengan gembira dan
senang hati dengan latihan tersebut.
Anak-anak Gayong ini telah
dimaklumkan juga untuk memiliki set pakaian Silat Seni Gayong dan diberi tempoh
3 bulan sekurangnya untuk mereka memilikinya.Setakat semalam 4 orang telah membuat
tempahan baju latihan Gayong.
Latihan Gayong dimulai seperti
biasa dengan pembukaan dan penutupan gelanggang dan amat kagum saya kerana mereka boleh
mengikutinya.Walupun hanya diarahkan supaya duduk dalam keadaan tenang sambil
bernafas dalam keadaan tenang sementara saya dan Cikgu Daud melengkapkan
keseluruhan adab tertib sebelum latihan Silat Seni Gayong.
Tahniah kepada Gayong Bretagne
yang dibawah penyeliaan Cikgu Daud dan kita mohonkan agar ianya bertambah
berkembang. Hidup Silat Seni Gayong.
Semoga kita semua diberkati.
No comments:
Post a Comment