Friday, October 4, 2013

Seni Pedang



Jarang sekali perbincangan tentang pelajaran ini diketengahkan. Mungkin kita terlupa barangkali atau seni permainan ini tidak terkenal sebagaimana permainan lain. Seni Pedang, satu nama yang apabila disebut barulah terlintas secara automatiknya.Telah dinyatakan oleh Arwah Guru tentang permainan ini. Dimanakah disoroknya kaedah permainan ini?Untuk mengetahuinya perlulah dicari guru-guru yang masih menyimpan rahsianya dan tuntutlah dengan beradab. Kekadang kebanyakan kita memang keliru dengan permainan yang ada dalam Silat Seni Gayong ini,kerana mungkin fahaman kita tidak mendalam.

Gambar Hiasan

Seni Pedang kembaran Belantan ...

diukur mari dihujung sendi keasal jadinya.

Gerak gayanya laksana kilauan bergemerlapan berkelipan, bercahaya pabila didesir hayunannya.

 Kelek tangannya bertatahkan langit dan bumi menari berkerincing lagak desingannya sesisir piring.

 Indah tari parinya,indah tari ekor buayanya,indah tari ekor naganya, berdesing kedengaran dipeti telinga,

sejuk tubuh akan anginnya.

Tersentuh tubuh batallah wuduknya,

terburailah persalinannya,

tanpa tercalar sedikit pun kulitnya.

 Tinggi sungguh seni selokanya ,terkedu bibir ,terbeliak mata kagum akan kilatannya.

Sungguh kaya khazanah Gayong ini, milik Melayu misteri bangsa,penuh dengan rahsia,akhlak sopan santunnya.Pakaian hulubalang pembela bangsanya.

Semoga kita diberkati.



No comments:

Post a Comment