Masa bergerak tanpa disedari. Trend
pun sudah berubah. Setiap yang berlalu mendatangkan baik dan buruknya.
Penglibatan Silat Seni Gayong didalam kancah politik tanahair ada pro dan
kontranya. Jika dulu penglibatannya hanya sebagai mengangkat martabat Melayu
dengan perlantikan pemimpim-pemimpin tertinggi kerajaan memerintah sebagai
pemegang sandang kehormat dalam pertubuhan itu sendiri. Malah ada yang
diberikan jawatan tertinggi dalam Gayong sebagai pimpinan tertinggi sebagaimana
yang dikurniakan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Mustapha ,
sekadar menyebut beberapa pimpinan.
Sejauhmana penglibatan pertubuhan
Gayong sebagai NGO yang berdaftar mestilah ada panduannya. Telah nyata
pertubuhan Ngo tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Dinyatakan
juga dalam perlembagaan pertubuhan sebagai badan bebas yang menjalankan
aktiviti persilatan budaya bangsa Melayu.
Sekadar Gambar Hiasan |
Penglibatan secara
terang-terangan mungkin boleh mendatangkan impak yang besar keatas pertubuhan
NGO ini. Persoalannya yang bermain dalam minda, apakah pulangan yang diterima
oleh ahlinya? Ataukah ianya hanya pulangan untuk golongan tertentu sahaja.
Apapun tidak dapat dinafikan
penubuhan asal Gayong ada kaitnya dengan politik. Pada masa itu perjuangannya
adalah untuk bangsa Melayu dan sesuailah dengan zaman itu. Zaman perjuangan
mencapai kemerdekaan dan meletakkan bangsa Melayu ketahap yang tertinggi
setelah sekian lama dijajah pemikiran ,budaya dan sosio kehidupannya.
Jika sekarang apakah matlamatnya
pula? Suatu perkara yang perlu diperdebatkan agar perjalanan pertubuhan yang
sekian lama dapat dinikmati bersama oleh ahlinya yang terdiri dari pelbagai bentuk
pemikiran.
Apa salah jika kita gerakkan
sumber intelek ahli Gayong yang ramai ini untuk memajukan Gayong secara ilmiah
tanpa melibatkan diri secara telus dalam sebarang aktiviti kepolitikan.
Tidak dapat dinafikan dimana
sahaja perlukan penglibatan politik tetapi sejauhmana kebijaksanaan kita mengendali
dan mentadbirkannya menjadi ukuran kita sebagai badan NGO. Terlalu banyak ruang
untuk dilihat dan dikaji agar tindakan pimpinan tidak mewujudkan jurang
pemikiran dikalangan ahli.
Oleh itu saranan agar
pengendalian pentadbiran Silat Seni Gayong digerakkan berlandaskan perlembagaan
sebagai NGO patut dikendalikan dengan
lebih bijaksana.Bersama kita menyumbangkan kaedah yang terbaik untuk
keharmonian dan kesejahteraan Silat Seni
Gyaong kita ini.
Semoga kita semua diberkati.