Wednesday, March 27, 2013

Kupasan Rahsia Amanat Gayong Bahagian 1



Jikalau kita meniti tawarikh kerajaan Melayu lama samada Srivijaya,Dharmasraya,Melaka kita dapati kewujudan sikap,sifat,perangai,tabiat dengki, khianat,tamak,irihati gilakan kuasa menyebabkan salah satu sebab runtuh dan ranapnya kerajaan Melayu itu.

Adakah ini memang sudah menjadi adat resam tabiat Melayu? Mungkin ya dan mungkin tidak, yang pastinya mungkin sudah menjadi budaya peradaban Melayu itu sendiri. 

Pesanan ini juga diterapkan dalam Silat Seni Gayong sebagai amanah atau amanat dan ingatan akan betapa bahayanya sikap,tabiat,pemikiran,sifat sedemikian.tetapi berapa ramai kita yang betul mendalami dan menyelaminya agar dapat mengawal diri melawan nafsu kita sendiri dan mengelakkan perkara ini meresap kedalam tubuh badan kita sehingga boleh memusnahkan cahaya  gemerlapan malap ditelan budaya ini.

Kekadang kita mahu menegur,menasihati,menyampaikan  agar saudara seGayong kita tidak sesat dalam perjalanan tetapi kekadang penyampaian kita itu tersasar dan menuju kearah jalan nafsu kita yang negatif.Agak sukar sebenarnya tetapi tidak mustahil jika pokok yang ada dalam diri kita akarnya kuat berimbun memandu kita kejalan yang diberkati.Permasalahan juga timbul jika pokok yang hendak kita siram merasakan yang mereka sudah cukup bekalan air yang mencukupi. Apa pun sikap give and take, open minded, taking consideration,discussion with a good manner,accepting fault dan pelbagai lagi boleh dijadikan sebagai sandaran panduan pembaikan diri.




Kalau kita perhati dan kaji bait-bait pantun amanat Gayong mungkin kita akan mengklasifikasi kan pelbagai makna atau kefahaman mengikut fahaman kita sendiri atau pun yang dkongsikan oleh pendapat lain. Penyampaian disini adalah apa yang penulis fahami setelah penerangan dari guru suatu ketika dahulu.


                                    Jangan tepuk susu didulang,
                                   Anak harimau tak dapat menyusu,
                                   Janganlah pechah rahsia hulubalang,
                                   Nanti rimau hilang kuku.


Dalam dua baris yang pertama maksud yang hendak disampaikan adalah susu. Kenapa susu? Apa kena mengena susu ini ? Alkisahnya susu ini dalam Silat Seni Gayong adalah simbolik kepada langkah yang diajarkan . Maksud langkah yang diajar itu adalah wajib dikekalkan, jangan ada yang menokok tambah kononnya agarnya kelihatan sempurna. Walhal rahsia langkah itu sudah ada Cuma faham,tahu ,sebati atau tidak sahaja menjadi persoalannya.Apabila terpesong,sumbang,salah langkah Gayong ini akan menyebabkan kaedah penyampaian telah lari dari asalnya dan ianya akan melahirkan anak-anak Gayong yang tidak pandai berburu.

Diteruskan dalam dua rangkap akhir, menekankan rahsia susu itu agar dijaga dan penyampaian langkahnya tepat,asli. Hendaklah dengan penuh dikawal disimpan rahsia itu agar tidak terlepas pada yang tidak amanah dan bertanggungjawab agar bisa rahsia memburunya itu dijaga dan amanahnya dipegang dengan taat setia tanpa berbelah bahagi.


                                 Jangan tepuk darah didulang,
                                Anak harimau mencari ibu,
                               Jangan pechah mentera hulubalang,
                               Nanti harimau hilang asu,


Dalam baris pantun amanat seterusnya apa yang hendak disampaikan pada dua rangkap pertama adalah ibu. Kaedah memburu  dalam keluarga harimau diajarkan oleh ibu. Betapa pentingnya ibu itu disini dalam pengertian Silat Seni Gayong. Apabila berlaku kesilapan dalam pemburuan, anak harimau akan mencari ibu yang telah mendidik tentang kaedah memburu itu untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya.Ibu dalam mendidik selalu menyampaikan pesanan agar rahsia yang diajar petua,amalan dan sebagainya disimpan dengan baik dengan amanah supaya bila melakukan pemburuan ngerinya taring itu mendatangkan gerun pada masa pemburuan dilakukan

Ini bersesuaian dengan apa yang disebutkan dalam sumpahan hulubalang harimau yang disampaikan pada penulis suatu ketika dahulu oleh yang amat dikasihi Almahum Dato Meor Abdul Rahman. Demi menjaga amanahnya maka tidak dapatlah dikongsikan disini secara bertulis,

Sekadar berkongsi serba sedikit apa yang tersirat dalam amanat tersebut serangkap dua agar menjadi pembuka minda kita semua.Akhir kata sesama kita mengingati dan semoga kita semua diberkati.



2 comments:

  1. terlalu tersirat pencerahan yang baik tapi masih kabur bagi org yg lembab macam sayani cikgu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayong perlu dikaji bukan hanya dipelajari barulah rahsia purbakala terungkai misteri...Dzattttt

      Delete