Guru, Bapa yang disayangi oleh jutaan murid-muridnya samada
yang belum berjumpa inikan pula yang pernah dan merasai pegangan tangannya.
Menjadi legenda sebutan ahli beladiri baik didalam Negara mahu pun diluar Negara.
Tinggal hanya kita mengamit secebis kenangan bersama beliau.Kisah-kisahnya akan
kekal menjadi bualan sebagaimana kisah hulubalang Melayu sebelumnya.Beliaulah hulubalang
moden Melayu pada abadnya , mengangkat Silat Melayu iaitu Silat Seni Gayong
dikenali serata dunia.Beliaulah Almarhum Dato Meor Abdul Rahman bin Uda Hashim,
Mahaguru Silat Seni Gayong.
Kenangan bersamanya tidak akan dilupai akan kekal terpahat
disanubari.Inikan pula hadiah pemberiannya menjadi tanda mata sebagai ingatan
kepadanya.Baik dari Pulau sudong sehinggalah ke Taiping , banyak sungguh
khazanahnya.Boleh dimuatkan kedalam muzium khas kalau dikumpulkan.
Salah Satu Kemenyan Pemberian Almarhum Dato Meor Kepada Penulis.Kemenyan Ini Telah DiJilatnya Selama 40 hari Sebelum Dia Kembali KeRahmat Allah |
Setiap yang pernah bersamanya mempunyai cerita tersendiri
dan ada hadiah tersendiri darinya.Ada yang beroleh batu cincin ,ada yang
beroleh kemenyan,ada yang beroleh pakaiannya,ada yang beroleh keris dan
pelbagai lagi.Semuanya sebagai kenangan yang tidak dapat dipisahkan.
Amalan Di Pulau Sudong Pemberian Almarhum Dato Kepada Arwah Naning Dan Pemberian Arwah Naning Kepada Arwah Cikgu Kalsom Dan Pemberian Arwah Cikgu Kalsom Kepada Penulis |
Peluang ini hanya ada dizamannya, bagi yang terkemudian
hanya sekadar menatap sejarah yang ditinggalkannya dan bagi yang memiliki menjadi
tanda kurniaan seorang guru, bapa kepada murid-muridnya.Apa yang dipinta
hanyalah keberkatan semuanya.
Apa yang ditinggalkannya membawa erti besar pada
murid-muridnya dan hanya memori dan kenangan hadiahnya menjadi tatapan dikala
rindu.Mereka-mereka inilah diharapkan menyambung perjuangan yang
ditinggalkannya sebagai menjadi pewaris kepada Bangsa Melayu dan budayanya dan
menguatkan lagi dari kalimat Hang Tuah Hulubalang Melayu,”Takkan Melayu Hilang
DiDunia”.
No comments:
Post a Comment