Beberapa permintaan diajukan
supaya dikongsikan senarai sandang-sandang semasa Almarhum Dato Meor Abdul
Rahman masih bersama anak-anak Gayong. Jika dilihat evolusi sandang ini begitu
ketara sekali selepas ketiadaan beliau. Apa pun mungkin ianya hanyalah pengolahan
bagi apa kehendak dan pengertian mereka yang menyusunnya .
Sebagai perkongsian
sandang-sandang yang ada dan ditandatangani pengesahannya semasa adanya Almarhum
Dato Meor Abdul Rahman hanyalah berjumlah 13 sahaja bagi sandang berjawatan dan
hanya 8 sahaja bagi sandang kehormat.Bagi penulis inilah panduan atau menjadi
perkara wajb bagi anak-anak Gayong mengambilnya sebagi ukuran pemakaiannya
tanpa ada tokok tambah yang kekadang menjadi kekeliruan pada generasi yang
menenpuh alam berGayong ni.Apa pun penerimaan mahulah diterima secara terbuka
dan bagi penulis penekanan pada yang asal tidak boleh diketepikan.Buat penulis
yang masih berpegang dan mengekalkan sistem ini dan berpendapat ianya perlu
dikekalkan kerana ada rahsia yang tersembunyi disebaliknya.
Jika dalam memajukan pentadbiran
dan berevolusi itu satu perkara yang baik untuk kemajuan dan pembangunan.
Tetapi dalam sistem adat mahu pun pelajaran kegurulatihan ianya perlu
pengekalan walaupun dalam kegurlatihan boleh ditingkatkan kaedah pedagoginya
agar ianya lebih mantap dan berilmiah dari mengadakan apa yang tidak ada,
diadakan dalam sisitem pelajaran Gayong ini.
Disenaraikan disini nama-nama
sandang yang disahkan oleh Alamrhum Dato Meor Abdul Rahman :
Sandang Berjawatan :
Seri Mahkota Agong Chula Sakti ,
Seri Mahkota Agong Chula Pelangi, Seri Mahkota Agong Pelangi Sakti, Seri
Mahkota Agong Bintang Sakti , Seri Mahkota Agong Relang Pelangi, Seri Mahkota
Bintang Pelangi , Seri Mahkota Relang Pelangi , Seri Mahkota Cahaya Pelangi , Seri
Chula Pelangi , Seri Bintang Pelangi , Seri Relang Pelangi , Seri Cahaya
Pelangi , Seri Pelangi .
Sandang Kehormat :
Mahkota Agong Seri Pelangi ,
Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi , Mahkota Agong Seri Relang Pelangi, Mahkota
Seri Bintang Pelangi, Mahkota Seri Relang Pelangi, Mahkota Seri Cahaya Pelangi
, Mahkota Chula Pelangi, Mahkota Bintang Pelangi.
Semoga dengan perkongsian dan
pencerahan ini menjadi renungan anak-anak Gayong akan sejarah yang telah
tercatat secara bertulis dan terpulanglah pada kita sejauhmana kita perlu atau
mahukan pengekalannya.Sebagai pandangan dan rumusan ianya terlalu banyak kekeliruan yang terjadi sekarang
ini.Semoga anak-anak Gayong yang semakin bijak dapat menilai mana intan, mana
permata dan mana berlian.
Semoga kita semua diberkati.
No comments:
Post a Comment