Tahun 2015 membuka tabir baru
Silat Seni Gayong di Belanda. Setelah hampir 7 bulan berbincang dan mengatur
strategi untuk memajukan Gayong di Belanda , akhirnya keputusan dibuat dengan meenganjurkan latihan
intensif buat bakal gurulatih pada 17-18 Januari 2015. Silat Seni gayong
Belanda telah menamakan latihan ini sebagai latihan kegurulatihan tahap 1.
Peserta telah dipilih berdasarkan
beberapa kretaria dan seramai 9 perserta telah terpilih untuk sessi yang julung
kali diadakan ini. Peserta terdiri dari pelbagai kategori umur dan
latarbelakang. Tapi yang pastinya mereka-mereka ini hanya sayangkan silat dan
mahu melihat silat berkembang dengan majunya tanpa mempedulikan poilitik yang
kebanyakan berlaku dalam mana-mana pertubuhan beladiri amnya silat khasnya.
Sessi dimulakan dengan penerangan
adat-istiadat yang terdapat dalam Silat Seni Gayong dan pengenalan khusus pada
perlimau tapak. Segala persoalan dijawab dengan baik dan diterima dengan baik
juga serta telah mendapat kefahaman yang mendalam oleh mereka serta adat
perlimau ini akan dijalankan pada sessi yang kedua nanti yang dijangkakan dalam
bulan April nanti.
Silat Seni Gayong Belanda Latihan Bakal Gurulatih Tahap 1 |
Sessi seterusnya dimulai dengan
pengenalan tentang sistem pelajaran Silat seni Gayong. Latihan intensif
berjalan dengan baik dengan penerangan yang cukup mendapat perhatian yang mendalam
dalam menyediakan mereka sebagai gurulatih Gayong yang berwibawa,berkalibar dan
yang utamanya amat penting berkualiti.
Kesemua perserta merasa sungguh teruja
apabila ditunjukkan Silat Seni Gayong dan mereka mempelajarinya dan akan menjadi
penerus Silat Seni Gayong di bumi Belanda ini. Komen yang diberikan oleh mereka
pelajaran Silat Seni Gayong ini sungguh lengakap dan terperinci dan kesesuainnya
dalam semua keadaan tempat dan suasana dalam membela diri.
Hans Menerima Tunjukajar Kaedah Bangun Harimau |
Pelatih-pelatih ini akan buat
pertama kalinya mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong disatu pesta
persilatan yang setiap tahun diadakan di Negeri Belanda ini yang dcukup
terkenal dikenali dengan nama Pasar Malam Tong-Tong pada bulan Mei nanti.
Sejutaan tahniah pada mereka yang
terpilih dan mereka-mereka inilah yang menjadi barisan pertama dalam
mengembangkan Silat Seni Gayong dibumi Belanda ini.Alhamdulillah selepas dari
latihan intensif tersebut satu lagi gelanggang Silat Seni Gayong Belanda telah
diistiharkankan iaiitu di Weert, Belanda.Sehingga kini Silat Seni gayong sudah
mempunyai dua gelanggang di Belanda.Hidup dan maju Silat Seni Gayong Belanda.
Semoga kita semua diberkati
No comments:
Post a Comment