Thursday, October 23, 2014

Baton An Introductory



Short staff or baton becomes one of the demanding techniques for martial artist in most of the world. Despite knife , baton has been accepted by most of the martial artist. Because of the rapid growth the applications from the techniques adapted by some style to keep up phase of the popularity. 

Silat Seni Gayong has this baton techniques in their syllabus. It is originally the art of the style and it was categories in "Seni Simbat". In Gayong there are short and long staff particularly and also an additionally short baton known as "cota". This cota is much more shorter than the normal short baton. The size of "cota' is between the palm and the elbow and the length should not be above it. There are also many varieties of baton been applied in Silat Seni Gayong.



Baton - The Movement
In Silat Seni Gayong baton are performed with basics movement. The movement are taught how to countering an attack and to do an attacking. The movement are taught from one angle of position until the position of the 4 angle of the wind. All this application comes with locking , striking , counter locking and mastering the footwork. Nevertheless the baton techniques inclusive a jumping or rolling techniques  be apply while the baton is still been hold and sometimes a striking were made during the movements.

Baton - The Escape Techniques
The way of holding the baton in Silat Seni Gayong is by holding it one quarter from the edge. This method can generate more energy to the baton when applying a strike and the balance of the baton can be apply with various kinds of techniques. When performing a strike a Gayong practitioners will used all his arm in order to delivered a strong impact to the target because in the philosophy of silat is to finish the fight as soonest as it can. There is no fooling around and showing artistic movements especially with weapons and an aggressor with weapons. Chances comes once and the chance should be taken to survive without a mistake.

Baton - The Footwork
Therefore the techniques in Silat Seni Gayong is direct and fast and intercept any attacking before they reach you. This philosophies has been in the art since ancient days. Only it was not exposed to the world due to the culture of the Malays, as time change everything's and now been shared all over the world.

Silat Seni gayong is an ancient art and something that ancient is like a nail that has been kept long time and rusty. A rusty material if it was thrust into us will be poisonous , dangerous and will harm us and we need an aid for it. so does the art of Silat Seni Gayong an ancient art that should be taking note on.

Semoga kita diberkati.




Sunday, October 19, 2014

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ? sambungan bahagian # 6



Langkah diteruskan dengan panduan dan petua yang ada.Menuruni lembah,gunung,bukit, satu persatu diaturi langkahnya dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh tumpuan agar tidak ia terlepas pandang akan tanda atau kelibat "se" itu. Tiba ia dikaki kendi ia berhenti seketika merehatkan pernafasan yang semakin kencang.Hari berganti hari, siang berganti malam duduk ia di pinggir kendi sambil menikmati keenakan,kepuasan beradanya ia disitu.

Setiap peredaran waktu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan semoga dikurnia akan limpah kurnia nikmatnya keatas dirinya.Pada suatu malam ia diziarahi hulubalang gunung yang menguasai pertempatan tersebut.Hadir bersama permaisurinya Sikuntum Bunga yang berserta pengawalnya.Timbul cuak disanubarinya tapi berkat petua dan tunjuk ajar gurunya ia menjadi tenang setenang "wau".

Satu kenduri kendara diadakan menyambut kehadiran tetamu tersebut.Majlis yang meriah dan gilang gemilang penuh dengan qasidah memuji yang berkuasa atas segala sesuatu berkumandang dialam yang ketika itu gelap hanya diterangi kecantikan sinaran rupawan cahaya dari langit.Penat sudah ia melayani tetamunya itu sehinggakan setelah kepulangan hadiran ia tertido keletihan.Hari mula cerah ia masih belum lagi sedar.Matahari sudah tinggi,menerangi pintu kendi tempat ia menetap,akhirnya ia tersedar disebabkan kepanasan matahari memamah tubuhnya.

Gambar Hiasan

Pengalamannya semalam umpama mimpi dalam mimpi.Tapi ia menjadi seronok dan teruja akan kedatangan tetamu yang beliau sendiri tidak menjangkakan.Sungguh manis pertemuan itu,ia telah membibitkan kasih sayang diantara kedua makhluk ciptaan tuhan itu.Mulalah ia berangan agar dapat ditemukan kembali dengan mereka.Rindu mula menyerapi tubuhnya,matanya mula bergenang dengan air lalu menitis membasahi pipinya.Entah!kenapa pilu sungguh hatinya apabila ia terkenang akan rombongan tersebut.Ia tidak dapat melupakan mereka, oleh kerana itu harapannya membuak agar mereka hadir kembali menziarahinya.Jika ia hendak menziarahi mereka beliau sendrii tidak tahu dimana.hanya harapan kasih sayangnya itu akan menjadi tangga dan titian agar rombongan yang hadir semalam muncul.

Harapan mengunungnya tidak disiakan, rombongan semalam muncul kembali.Peluang ini tidak akan dilepaskannya.Kali ini ia menanam semangat untuk bersama mereka.Nasibnya amat baik bagaikan telah tertulis akan penceritaannya.kalau sudah haqnya tidak kan kemana.Bersinar matanya, ceria wajahnya,gembira lagaknya kerana dia diterima dalam keluarga tersebut.Bukan menjadi sangkaannya ia akan berakhir begitu.Ia dipelawa untuk bersama rombongan tersebut dan ianya akan sentiasa ditemani mereka. Keasyikan telah mebuatkan ia hampir terlupa akan misteri "se" itu.sejenak ia dilamun dengan keluarga barunya itu dan disedarkan ia kan tugasannya yang masih belum selesai.

bersambung..............

Semoga kita diberkati.


Saturday, October 4, 2014

Sistem Organisasi Silat Seni Gayong Sebagaimana Asal





Silat Seni Gayong telah disusun atur dengan baik dari semua segi adat,guru-guru dan pentadbiran semasa zaman Almarhum Dato Meor Abdul Rahman.Jika diperlihatkan akan susunannya ia memang sudah mantap dan rapi cuma tinggalan kepada kita untuk melaksanakannya.Disini dikongsikan sistemnya sebagaimana yang diperolehi suatu ketika dahulu di tanah bersejarah Silat Seni Gayong di Air Kuning,Taiping.

Sistem organisasi Silat Seni  Gayong ini pada suatu ketika dahulu disusun mengikut 3 bahagian.Bahagian pertama di peringkat pusat yang merangkumi Mahaguru,Majlis Tertinggi Lembaga Beradat,Imam Khalifah Agong,Timbalan Imam Khalifah Agong,Ketua Khalifah Pusat dan Waris Tertinggi Lembaga Beradat.Bahagian kedua pula adalah peringkat negeri yang terdiri dari Badan Lembaga Beradat Negeri,Imam Khalifah Negeri,Timbalan Imam Khalifah Negeri,Khalifah Besar,Waris Beradat dan Ketua Beradat.Manakala bahagian yang ketiga adalah diperingkat cawangan yang terdiri dari Ketua Kkhalifah ,Khalifah Muda dan Khalifah. Susunan yang dinyatakan diatas adalah bertindak sebagai tunggak didalam organisasi Silat Seni Gayong itu dan dipertanggungjawabkan keatas keseluruhan perjalanan Silat Seni Gayong

Ditubuhkan pula badan pengurusan diperingkat pusat yang terdiri dari Penasihat Agong Balai Adat,Majlis Balai Adat,Pusat Latihan Tertinggi dan Majlis Tertinggi Gurulatih.Diikuti dengan peringkat negeri yang terdiri dari Badan Guru-Guru,Ketua Gurulatih dan Penolong Gurulatih. Manakala peringkat cawangan pula terdiri dari Gurulatih sahaja.

Pengurniaan sandang kebesaran Silat Seni Gayong adalah disusun berdasarkan badan tunggak yang memerintah Silat Seni Gayong itu iaitu Lembaga Beradat Silat Seni Gayong Malaysia yang diterangkan dalam perenggan pertama diatas.Oleh kerana itu mana-mana sandang yang diguna pakai juga diamanahkan dan dipertanggungjawabkan keatas semua sub-sub badan atau kita sebut sebagai jabatan yang ditubuhkan bagi memantapkan perjalanan Silat Seni Gayong .

Disamping itu diwujudkan juga Penasihat Khas,Majlis Ibu Gayong,Setiausaha Agong,Bendahari Agong diperingakt pusat dan diikuti dengan Setiausaha Lembaga Beradat,Bendahari Lembaga Beradat dan Badan Ibu Gayong diperingkat negeri .

Ia turut diwujudkan juga badan Penasihat Agong,Majlis Penasihat,Penapis Amanah diperingkat pusat. Manakala diperingkat negeri terdiri dari Penaung,Badan Penasihat dan Penapis Amanah. 

Diakhiri dalam sisitem Lembaga Beradat Silat Seni Gayong ini dengan badan atau kita gelarkan jabatan yang terdiri dari Penasihat dan Majlis Jawatankuasa Agong yang dipertanggungjawabkan diperingkat pusat. Dituruti dengan peringkat negeri yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bahagian Negeri.Manakala diperingkat cawangan terdiri dari Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Gelanggang.

Semoga penjelasan yang sedikit ini dapat memantap dan mengemaskan lagi sistem pengurusan didalam Silat Seni Gayong yang kita kasihi ini.

Semoga kita diberkati.



Wednesday, September 17, 2014

17 September Hari Sang Sapurba



Tanggal 17 September setiap tahun sebagaimana yang diceritakan oleh Almarhum adalah disebut sebagai Hari Sang Sapurba.Sempena pada hari yang penuh bersejarah ini,  dikisahkan serba sedikit akan Tri Buana Sang Sapurba ini, semoga menjadi ingatan pada anak-anak Gayong.Beginilah penceritaannya yang dapat dikongsikan sebagaimana yang disampaikan suatu ketika dahulu di tanah bertuah yang bergelar Air kuning,Taiping:

Sang Sapurba satu gelaran yang tidak asing lagi dalam alam Melayu.Begitu juga didalam pertubuhan Silat Seni Gayong. Bermulanya sejarah Sang Sapuba ini yang bersusurgalur dari Melayu Srivijaya apabila Sang Nila Pahlawan[bitjitram syah] dimasyhurkan menjadi Raja Melayu dan permasyhuran itu dititahkan di Bukit Seguntang. Mulai saat itu gelaran Sang Sapurba Seri TriMurthi Tri Buana dimasyhurkan semula sebagai meneruskan alam berRaja Melayu ini. Sang Sapuba inilah penerus memastikan berkesinambungannya Raja-Raja Melayu yang memerintah di alam nusantara Melayu ini sebelum dan selepasnya.

Sang Sapuba juga memberi kata makna mula dan akhir bagi setiap Raja- Raja Melayu. dalam erti kata keturunan raja inilah yang menjadi pemerintah alam Melayu ini.Didalam Silat Seni Gayong ,permasyhuran Sang Sapurba keatas Almarhum DYMM Sultan Idris Iskandar Shah 2, sultan pemerintah Negeri Perak dilaksanakan pada awal 70an membawa maksud yang tersirat.

Dato Meor Abdul Rahman dan DYMM Sultan Idris Sang Sapurba Negara
Permasyhuran Sang Sapuba bukan satu mainan atau sekadar dongengan sejarah jika mahu dilaksanakan.Ianya perlu dilakukan dengan penuh teliti akan aspek adat istiadat yang telah diperturunkan semenjak seawalnya lagi.Jangan ianya menjadi bahan kerakusan politik untuk pertubuhan sahaja dan rasa syok sendiri .Tanya pada diri kita siapakah yang layak melakukan permasyhuran ini? Adakah pemilihan untuk permasyhuran itu kena pada masa dan tempatnya? dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab disini.

Perebutan permasyhuran tidak akan membawa kemana , apa yang penting ianya hendaklah  dilaksanakan yang terbaik dari segi adat-istiadatnya.

Siapakah yang akan memikul tanggungjawab sebagai "Batala"nya?
Siapakah yang benar-benar lengkap kefahaman adatnya?
Siapakah yang berkebolehan mencemar duli?
Siapakah yang mempunyai taraf sedemikian?

Ilmu perlu dituntut,bukan diwarisi sebagai petikan sedikit ingatan kata-kata dari Almarhum Tuan Syed Zainal Al Attas.

Jangan tersalah langkah mencemar duli ,akan termakan pula daulahnya.Ingin diutarakan juga sedikit lagi soalan.Apa pentingnya Sang Sapurba bagi Melayu? Apa peranannya Silat Seni Gayong dalam hal Sang Sapurba ini? Apa sebenarnya Silat Seni Gayong ini?

Permasyhuran ini adalah satu kerja yang amat besar, sedangkan kita masih bertelagah tentang adat-istiadat dalam Silat Seni Gayong ini.Kerja perkhataman yang besar pun kita masih gagal melaksanakan dengan terbaik dan terlalu banyak versinya.Inikan pula kita hendak melangkah bagi melaksanakan permasyhuran Sang Sapurba.Tepuk dada tanya selera.Perbincangan yang mendalam perlu tersemat sebelum semuanya dibuat.Mengenal pasti jawapan kepada pelbagai persoalan perlu diselesaikan.

Ingin dikongsikan sedikit hal Sang Sapuba ini. Sang Sapuba ini jika tiada yang mengiringi selengkapnya {perkara yang perlu difahami sedalamnya} maka janganlah kita cuba meneroka susurnya.

Pertabalan Raja sebagai Sang Sapurba hendaklah dilaksanakan beberapa perkara :

1} Diperlimau tapak Raja yang berkenaan.
2] Disiram Raja yang berkenaan dengan penuh adat istiadat.
3} Diterima perjanjiannya atau angkat sumpahnya [lafaz katanya yang betul dengan penuh susunan].Perjanjiannya itu adalah menyatakan kesetiaan ahli Gayong kepada Raja dan kesetiaan Raja kepada ahli Gayong dan saling tidak boleh derhaka.Nescaya derhaka akan ditimpa bala dari Allah Taala. Penerimaan ini diterima dengan penuh janjinya bersyafaatkan saksi baginda Rasulullah saw. selesailah pertabalan itu.

Semoga dengan perkongsian kecil ini menjadi jambatan bagi anak-anak Gayong khasnya dan orang Melayu khususnya akan perihal kedudukan Raja ini. Hatta sistem beraja Melayu memang penuh pengkhususannya ada Raja memerintah ada Raja adat, yang perlu difahami oleh kita bangsa Melayu. Pegangan perjanjian ini wujud rukun damai dikalangan Melayu dilindungi dan diberkati serta dilimpahi rahmat dari Sang Pencipta Sekelian Alam.

Semoga kita diberkati.

 

Tuesday, September 16, 2014

Kaedah Pelajaran Seni Kaki Silat Seni Gayong



Terlalu lama tidak menulis mengenai pelajaran dalam Silat Seni Gayong. Kali ini dikongsikan yang dikatakan pelajaran kaki, yang mempunyai kaedah serangan dan kuncian dan elakan. Memang telah ada pelajaran ini didalam Silat Seni Gayong cuma susunannya yang berbeza dari semua pertubuhan yang jalurnya dari Arwah Dato Meor.

Yang dikatakan serangan dalam kaedah kaki ini adalah kaedah bagaimana melakukan serangan menggunakan kaki dari pelbagai sudut mata angin.Walaupun pada permulaannya ditunjuk ajar akan serangan yang hanya dilakukan pada arah depan. Kepentingan kaki dalam Silat Seni Gayong bersifat sebagai penunjal bagi setiap serangan agar mencari ruang untuk tindakan seterusnya samada pukulan dengan tangan mahupun kunciannya.Walaupun sebagai penunjal impact yang dirasakan semasa serangan kaki tersebut boleh menyebabkan kesan yang parah.Apa yang perlu difahami disini kaedah serangan kaki tersebut mesti mengenai sasaran seni nya yang tepat dan begitu juga disertai dengan kedudukan badan serta kedudukkan tapak yang kemas berseni dan dalam jarak yang sesuai berserta dengan anjakan tujahan yang tepat sama sekali.



Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
Yang dikatakan kuncian kaki pula adalah kaedah kuncian dengan menggunakan kaki atau pun dengan tangan keatas serangan kaki yang datang mahu pun keatas penyudahan satu-satu serangan.Didalam kaedah ini pelbagai kaedah dilakukan seperti patah alu,alu patah,kilas biawak dan sebagainya. Begitu juga dalam kaedah menyambut serangan kaki menggunakan sauk dalam.sauk luar,sauk tunggul dan sebagainya.

Pendek kata kelengkapan pelajaran Silat Seni Gayong memang diakui dan menjadi tugas kita memahami dan memegang kerahsiaannya agar kekal menjadi rujukan orang Melayu dan khazanah yang tidak boleh diperlekehkan atau diabaikan.

Semoga kita diberkati.