Wednesday, September 17, 2014

17 September Hari Sang Sapurba



Tanggal 17 September setiap tahun sebagaimana yang diceritakan oleh Almarhum adalah disebut sebagai Hari Sang Sapurba.Sempena pada hari yang penuh bersejarah ini,  dikisahkan serba sedikit akan Tri Buana Sang Sapurba ini, semoga menjadi ingatan pada anak-anak Gayong.Beginilah penceritaannya yang dapat dikongsikan sebagaimana yang disampaikan suatu ketika dahulu di tanah bertuah yang bergelar Air kuning,Taiping:

Sang Sapurba satu gelaran yang tidak asing lagi dalam alam Melayu.Begitu juga didalam pertubuhan Silat Seni Gayong. Bermulanya sejarah Sang Sapuba ini yang bersusurgalur dari Melayu Srivijaya apabila Sang Nila Pahlawan[bitjitram syah] dimasyhurkan menjadi Raja Melayu dan permasyhuran itu dititahkan di Bukit Seguntang. Mulai saat itu gelaran Sang Sapurba Seri TriMurthi Tri Buana dimasyhurkan semula sebagai meneruskan alam berRaja Melayu ini. Sang Sapuba inilah penerus memastikan berkesinambungannya Raja-Raja Melayu yang memerintah di alam nusantara Melayu ini sebelum dan selepasnya.

Sang Sapuba juga memberi kata makna mula dan akhir bagi setiap Raja- Raja Melayu. dalam erti kata keturunan raja inilah yang menjadi pemerintah alam Melayu ini.Didalam Silat Seni Gayong ,permasyhuran Sang Sapurba keatas Almarhum DYMM Sultan Idris Iskandar Shah 2, sultan pemerintah Negeri Perak dilaksanakan pada awal 70an membawa maksud yang tersirat.

Dato Meor Abdul Rahman dan DYMM Sultan Idris Sang Sapurba Negara
Permasyhuran Sang Sapuba bukan satu mainan atau sekadar dongengan sejarah jika mahu dilaksanakan.Ianya perlu dilakukan dengan penuh teliti akan aspek adat istiadat yang telah diperturunkan semenjak seawalnya lagi.Jangan ianya menjadi bahan kerakusan politik untuk pertubuhan sahaja dan rasa syok sendiri .Tanya pada diri kita siapakah yang layak melakukan permasyhuran ini? Adakah pemilihan untuk permasyhuran itu kena pada masa dan tempatnya? dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab disini.

Perebutan permasyhuran tidak akan membawa kemana , apa yang penting ianya hendaklah  dilaksanakan yang terbaik dari segi adat-istiadatnya.

Siapakah yang akan memikul tanggungjawab sebagai "Batala"nya?
Siapakah yang benar-benar lengkap kefahaman adatnya?
Siapakah yang berkebolehan mencemar duli?
Siapakah yang mempunyai taraf sedemikian?

Ilmu perlu dituntut,bukan diwarisi sebagai petikan sedikit ingatan kata-kata dari Almarhum Tuan Syed Zainal Al Attas.

Jangan tersalah langkah mencemar duli ,akan termakan pula daulahnya.Ingin diutarakan juga sedikit lagi soalan.Apa pentingnya Sang Sapurba bagi Melayu? Apa peranannya Silat Seni Gayong dalam hal Sang Sapurba ini? Apa sebenarnya Silat Seni Gayong ini?

Permasyhuran ini adalah satu kerja yang amat besar, sedangkan kita masih bertelagah tentang adat-istiadat dalam Silat Seni Gayong ini.Kerja perkhataman yang besar pun kita masih gagal melaksanakan dengan terbaik dan terlalu banyak versinya.Inikan pula kita hendak melangkah bagi melaksanakan permasyhuran Sang Sapurba.Tepuk dada tanya selera.Perbincangan yang mendalam perlu tersemat sebelum semuanya dibuat.Mengenal pasti jawapan kepada pelbagai persoalan perlu diselesaikan.

Ingin dikongsikan sedikit hal Sang Sapuba ini. Sang Sapuba ini jika tiada yang mengiringi selengkapnya {perkara yang perlu difahami sedalamnya} maka janganlah kita cuba meneroka susurnya.

Pertabalan Raja sebagai Sang Sapurba hendaklah dilaksanakan beberapa perkara :

1} Diperlimau tapak Raja yang berkenaan.
2] Disiram Raja yang berkenaan dengan penuh adat istiadat.
3} Diterima perjanjiannya atau angkat sumpahnya [lafaz katanya yang betul dengan penuh susunan].Perjanjiannya itu adalah menyatakan kesetiaan ahli Gayong kepada Raja dan kesetiaan Raja kepada ahli Gayong dan saling tidak boleh derhaka.Nescaya derhaka akan ditimpa bala dari Allah Taala. Penerimaan ini diterima dengan penuh janjinya bersyafaatkan saksi baginda Rasulullah saw. selesailah pertabalan itu.

Semoga dengan perkongsian kecil ini menjadi jambatan bagi anak-anak Gayong khasnya dan orang Melayu khususnya akan perihal kedudukan Raja ini. Hatta sistem beraja Melayu memang penuh pengkhususannya ada Raja memerintah ada Raja adat, yang perlu difahami oleh kita bangsa Melayu. Pegangan perjanjian ini wujud rukun damai dikalangan Melayu dilindungi dan diberkati serta dilimpahi rahmat dari Sang Pencipta Sekelian Alam.

Semoga kita diberkati.

 

No comments:

Post a Comment