Terlalu lama tidak menulis
mengenai pelajaran dalam Silat Seni Gayong. Kali ini dikongsikan yang dikatakan
pelajaran kaki, yang mempunyai kaedah serangan dan kuncian dan elakan. Memang
telah ada pelajaran ini didalam Silat Seni Gayong cuma susunannya yang berbeza
dari semua pertubuhan yang jalurnya dari Arwah Dato Meor.
Yang dikatakan serangan dalam
kaedah kaki ini adalah kaedah bagaimana melakukan serangan menggunakan kaki
dari pelbagai sudut mata angin.Walaupun pada permulaannya ditunjuk ajar akan
serangan yang hanya dilakukan pada arah depan. Kepentingan kaki dalam Silat
Seni Gayong bersifat sebagai penunjal bagi setiap serangan agar mencari ruang
untuk tindakan seterusnya samada pukulan dengan tangan mahupun kunciannya.Walaupun
sebagai penunjal impact yang dirasakan semasa serangan kaki tersebut boleh
menyebabkan kesan yang parah.Apa yang perlu difahami disini kaedah serangan
kaki tersebut mesti mengenai sasaran seni nya yang tepat dan begitu juga
disertai dengan kedudukan badan serta kedudukkan tapak yang kemas berseni dan
dalam jarak yang sesuai berserta dengan anjakan tujahan yang tepat sama sekali.
Gambar Hiasan |
Gambar Hiasan |
Gambar Hiasan |
Yang dikatakan kuncian kaki pula
adalah kaedah kuncian dengan menggunakan kaki atau pun dengan tangan keatas
serangan kaki yang datang mahu pun keatas penyudahan satu-satu serangan.Didalam
kaedah ini pelbagai kaedah dilakukan seperti patah alu,alu patah,kilas biawak
dan sebagainya. Begitu juga dalam kaedah menyambut serangan kaki menggunakan
sauk dalam.sauk luar,sauk tunggul dan sebagainya.
Pendek kata kelengkapan pelajaran
Silat Seni Gayong memang diakui dan menjadi tugas kita memahami dan memegang
kerahsiaannya agar kekal menjadi rujukan orang Melayu dan khazanah yang tidak
boleh diperlekehkan atau diabaikan.
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment