Saturday, September 29, 2012

Petua Nafas




Banyak amalan dalam Silat Seni Gayong ini. Salah satu amalan yang diperturunkan pada anak-anak Gayong adalah amalan nafas. Amalan nafas ini adalah amalan dalam merasa keluar masuknya nafas kedalam tubuh melalui hidung.Amalan-amalan ini biasanya diamalkan semasa hendak melakukan sesuatu sebagai contoh hendak memulakan perjalanan, berdemonstrasi, baik dalam acara adat atau sebagainya.

Bagaimanakah merasai turun naik nafas ini? Nafas ini ada yang panas dan sejuknya, ibarat matahari dan bulan.Ianya tidak berhenti masuk dan keluar kedalam tubuh manusia selagi hayat ada.

Dalam petua nafas ini ada ketikanya masuk dan keluarnya adalah sama nadanya dan ada yang berlainan. Buat kali ini kita hanya akan berkongsi  sedikit tentang masuk dan keluar nafas dalam kadar yag berlainan dan bagaimana kita dapat memanafaatkannya.

Sekadar Gambar Hiasan

Dalam petua memulakan perjalanan maupun memulakan berdemonstrasi, pada suatu ketika dahulu kami diingatkan dan diajar agar mempraktikkan amalan rasa nafas ini. Tujuannya agar jika ada sebarang musibah yang bakal menimpa dapat diselisihkan dengan IZINNYA. Petua nafas ini dikenal pasti dengan meletakkan belakang tangan ke hidung dan merasa nafas yang keluar darinya. Jika nafas yang keluar itu kuat dari salah satu arusnya, itulah langkah yang perlu kita ambil. Bila sudah dikenal pasti, mulakanlah langkah dengan arah tunjuk nafas itu tadi. Dilengkapi ia dengan amalan bacaan pelangkah agar salin lengkap melengkapi. 

Petua nafas ini dkembangkan lagi semasa bertempur. Peredaran nafas yang dirasa ketika ini dengan IZINNYA menjadi petua kepada hulubalang Gayong menewaskan musuh mereka . Ianya menjadi pakaian dalam melangkah hulubalang.Bukan itu sahaja pergerakan tangan dan kaki serta rasa petua nafas yang sempurna boleh mendatangkan kepaduan semasa melakukan tumbukan. Nafas ditahan sambil tapak tangan menarik untuk mengengam sambil dilayangkan dipusat menjadi petua kepada berat penumbuk. (Bagi yang ingin tahu kaedah yang betul perlulah mencari guru yang arif).

Petua nafas ini bukan setakat itu sahaja ia juga boleh dihembus ketapak tangan, dihembus kepada seteru kita dan sebaginya yang menjadi pakaian para hulubalang Gayong dahulu.Semua kaedah petua Gayong ini disertai dengan amalnya , ada jasad ada roh, ada bumi ada langit begitu jugalah kita ada amalnya ada petuanya .Apa pun petua nafas ini perlu dituntut untuk difahami agar ianya dapat dimanafaatkan dalam perjalanan kita  mencari khazanah hulubalang Gayong.




No comments:

Post a Comment