Friday, February 7, 2014

Suatu Ketika Dulu



Terpanggil untuk menulis sedikit tentang pengetahuan yang sempat ditimba ketika di Pusat Latihan tertinggi  Silat Seni Gayong  di Taiping suatu ketika dulu. Berkenaan dengan sandang yang dikurniakan dalam Silat Seni Gayong. Bukanlah untuk membincangkan secara terperinci tentang keseluruhan tingkatan sandang yang ada, cuma sekadar membuka kisah tentang sandang orang bergelar. 

Secara adat-istiadatnya orang bergelar dilantik dalam majlis pertabalan adat istiadat Silat Seni Gayong. Perlantikan pula berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam Silat Seni Gayong.Salah satu cirinya mestilah berbengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti 6 dan beberapa ciri-ciri lain. Mungkin akan ada persoalan , ada juga yang menerima gelaran tanpa ciri-ciri ini. Disini bukan hendak membincangkan bagaimana seseorang individu itu menerimanya. Yang mahu dikongsikan sebagaimana kisah yang disampaikan oleh Arwah , secara rasminya ianya hendaklah dijalankan majlis adat istiadat perlantikan secara beradat Silat Seni Gayong dan cirinya sebagaimana yang digariskan.

Sekadar Gambar Hiasan
Sesuatu itu perlu ada panduan agar ianya boleh menjadi panduan dimasa hadapan.Juga dikongsikan semasa penuntutan dikhabarkan suatu perkara menarik, bahawa orang bergelar tidak ada sandang khusus.Orang yang bergelar boleh memakai pelbagai sandang tetapi pengesahan gelarannya itu dirasmikan didalam majlis adat Silat Seni Gayong.

Penceritaan ini disampaikan secara jelas dan hendaklah menjadi sebagai khazanah Silat Seni Gayong.Walaupun pelbagai pandangan dan penceritaan penuntutan dari sudut yang berbeza tetapi bahagian penceritaan ini tidak terkecuali untuk kita menilai atau membentuk yang terbaik. Bagi yang berevolusi teruskan dengannya dan bagi yang masih mahu kekal ditahap adat istiadat yang dikatakan adat istiadat yang perlu dijaga, dipelihara bersama kita mencari jalan terbaik mengekalkannya.Sebagaimana yang dipesankan oleh arwah supaya menjaga adat istiadat ini keseluruhannya kerana Silat Seni Gayong berdiri dengannya.Adat dikendong agama dijunjung.

Semoga kita diberkati.


No comments:

Post a Comment