Dipertengahan Muharam 1435
bersamaan 2013 teringat untuk berkongsi serba sedikit cerita yang mungkin sudah
didengar, dibaca atau memang sudah maklum agar menjadi pedoman dan ingatan bagi
kita pengiat ,pengembang Silat Seni Gayong.
Penulisan kali ini akan
dikongsikan satu misteri mungkin, berkenaan Siapakah yang memiliki ILMU GAYONG
ini.Sebelum kita berlayar lebih jauh fahamilah kita tentang sejarah Gayong
sebagaimana yang diceritakan oleh Arwah Dato Meor Abdul Rahman.Kalau dahulu
ianya diceritakan terus dari mulut beliau akan sejarah Gayong ini.Bezanya
sekarang kebanyakan kita mendapatkannya dari bacaan-bacaan dialam maya.Ramai
yang menulis sejarah ini tetapi maklumat mungkin dari guru yang membimbing
mereka,tetapi yang ramainya menjadi juara sejarah Gayong ini setelah berguru
dengan guru media.
Sebagaimana yang pernah
disampaikan kepada penulis yang keluar dari bahasa dan mulut Arwah Dato Meor
Abdul Rahman penuh makna dan kiasan samada secara terus atau pun secara
berkias.Terpulang pada kita memahaminya.Secara dasar penceritaannya disampaikan
mengikut kehendak beliau sahaja.Keseluruhan penceritaannya boleh dibahagikan
kepada 3 kategori asas.Pertamannya sudah tentu tentang bersilat, keduanya
tentang seninya dan ketiga sepertimana yag sedia maklum tentang Gayong.Keseluruhan
penceritaan ini buat memudahkan kita mengetahui dan memahami akan Silat Seni
Gayong ini.Walau bagaimana penyampaian penceritaannya ia tidak akan lari dari
perkaitannya dengan adat istiadat Silat Seni Gayong.
Mari kita mengimbau sejarah
Gayong yang disampaikan sendiri oleh Arwah Dato Meor tentang Gayong ini.Sebagai
berkongsi sebahagian cerita sejarahnya disini dinukilkan tentang apakah yang
dikatakan SILAT dalam Gayong itu sendiri.Melalui apa yang diceritakan oleh
beliau secara simbolik, Silat Seni Gayong ini adalah permainan atau cara
bersilat Harimau.Ramai yang sudah sedia maklum akan nama ini yang asalnya
dikenali sebagai Silat Sendi Harimau sebelum dikembalikan keasalnya Silat Seni
Gayong.
Arwah Dato menerangkan bahawa
apabila penerimaan anak Gayong yang kita kenali sebagai perlimau tapak dan seni,
ia sebenarnya menerangkan berkenaan tapak langkah bersilat setiap individu yang
diterima sebagai anak Gayong pada masa majlis adat-istiadat perlimau itu
dijalankan.Bagi yang lelaki dimulai dengan perlimau tapak manakala wanita terus
dimulai dengan perlimau seni.Amat jelas disini perkaitan antara bersilat atau
silat dengan adat dalam Silat Seni Gayong ini.Penyampaian diteruskan lagi
dengan menerangkan kenapa bagi lelaki perlimau tapak.Penjelasan yang
disampaikan berkenaan bersilat bagi lelaki yang perlu dilatihkan dengan Senaman
Anak Harimau yang dihimpunkan dalamnya 7 pergerakan yang kita kenali dengan
tumbuk pintal tali ,panchong dayong ,seni tapak kunci mati dan sebagainya.
Sekadar Gambar Hiasan |
Manakala perlimau seni boleh
terus dilatihkan seni serangan maut, kaedah melangkahnya , kaedah bunuhnya dan
sebagainya. Kalau perlaksanaan adat ini tidak mengikut sebagaimana yang
diperturunkan asalnya difahamkan kemahiran melangkah,menyerang,menangkap tidak
akan sampai kepada piawaiannya.Pelikkan ? tetapi itulah perkara misteri yang
kita perlu selami dan fikirkan dengan mendalam.Rujuk kepada kata-kata beliau
yang menyampaikan amaran bahawa siapa yang tidak menjalankan adat-istiadat ini
maka mereka dikira bukan saudara seGayong dan tidak boleh diiktiraf sebagai
murid Gayong.Amat besar maknanya disini,kalau tidak diiktiraf , bagaimana kita
hendak mendapat ilmunya.Jika kaedah adatnya pun sudah lari dari asalnya, mana
nak dikatakan betulnya dan mungkin kita tidak mendapat ilmunya.Ilmu ini akan
dikurniakan pada yang berHAQ walaupun ramai yang berlimu tapi amat beza jika
pada yang berHAQ.Fikirkanlah cara dan kaedah kita diterima semasa majlis
tersebut.
Untuk menjadi Hulubalang Gayong
atau lebih selesa saya mengelarkannya Hulubalang Harimau kerana ada
penceritaannya tentang itu bukanlah perkara yang mudah.Cuma kali ini saya tidak
kan berkongsi mengenainya dan mungkin akan disampaikan dipenulisan yang lain.
Kembali kita kepada landasan penceritaan
sejarah tadi.Anak-anak Gayong yang sudah menjalani perlimau ini akan dilatih
sebagai sedia maklum tentang selok belok bersilatnya.Dilengkapkan mereka dengan
tapak atau melangkah yang dikategorikan dan dikenali sebagai 21 buah bersilat
.Dalam setiap 21 buah bersilat ini diperturunkan petua dan ilmunya bagi setiap
satunya.Sehingga dikiaskan setiap liang roma kita itu turut dilatihkan dengan
segala petua dan ilmunya.Seperti penerangan diatas bukan senang , bukan mudah
tetapi tdak mustahil.Marilah kita faham-fahamkannya.
Setitik peluh kita bersilat itu
akhirya dihidangkan dengan makanan yang enak-enak sehingga kita kenyang sebagai
kiasan kita dipenuhi dengan ilmu dan petuanya dan petua dan ilmu ini ada pada
ibu yang akan melahirkan anak-anak Gayong.Dalam majlis perlimau itu
diisytiharkan akan keberkatan ibu itu yang menunjuk cara melangkah kita dalam
mengharungi alam ini nanti.Kesemua penceritaan ini disampaikan secara
bersimbolik dan berkias dan tidaklah dapat saya menulisnya dengan lebih
mendalam disini demi menjaga apa yang perlu dirahsiakan yang hanya boleh
dijelaskan dengan menuntut.Kalau kita ingat dan faham ilmu dan petua Silat Seni
Gayong ini hendaklah atau perlu dituntut bukan menjadi turun temurun atau
mengikut keturunan.Walaupun keturunan dan dituntut dan jika bukan kepada yang
berHAQ ia tidak akan mampu memilikinya, hanya yang berHAQ sahaja yang akan memiliki
Chula Saktinya.Pengendaliannya perlimau dalam menuntut cara melangkah Gayong
adalah kaedah permulaan bagi yang berkehendak menuntut HAQnya.Perkongsian
sekadar pembuka minda anak Gayong agar mendalami dengan sedalam-dalamnya ibarat
mengail biar sampai kedasarnya, jangan hanya digigi air sahaja.
Semoga kita diberkati.
Bersambung.................
No comments:
Post a Comment