Monday, September 30, 2013

Ada Rahsia Apa Pada Sandang...????



Ada rahsia apa pada sandang? satu persoalan yang mungkin kita lupa untuk bertanya atau terlupa untuk bertanya atau memang kita tidak mahu ambil peduli.Sering kali bila diperlihatkan akan majlis penerimaan sandang ,berpusu-pusulah orang hendak memilikinya.Sandang sudah menjadi sebahagian koleksi khazanah kita. Memiliki sandang atau penyampaiannya sudah terlalu komersial sehingga tiada siapa peduli akan nilai penyampaian serta tugasan asal pemiliknya.Apa yang penting kain yang pelbagai warna dan bentuk aturannya ini disandangkan ke bahu.Selepas itu bolelah kita bergaya dalam setiap majlis lain pula.

Setiap sandang yang disampaikan dalam adat bersandang Silat Seni Gayong ada nilai dan rahsianya.Bermula dari persediaan sebelum penyampaian sehingga masa penyampaian dan diteruskan selepas disandangkan.Warna yang ada dalam setiap sandang membawa makna yang mendalam dan menyimpan seribu rahsia.Mengambil sebagai contoh sandang Waris Beradat  dan Ketua Beradat bertanah hitam berjalur berkilat putih memberikan makna yang tersendiri dan tersembunyi melindungi,mengawal dan menjaga.Ianya bukan hanya sekadar warna sahaja menurut penerangan guru suatu ketika dahulu.Itu secara ringkasnya,kalau dengan fahaman yang mendalam sudah tentu kita akan merasa dan berfikir kelayakan yang ada pada kita.Jadi sebagaimana yang asalnya hanya 14 orang sahaja pada suatu masa sahaja yang akan disandangkan dengannya.Tapi sekaranag ini sudah menjadi seperti jualan langsung hingga hilang erti sebenarnya.Tepuk dada tanya selera wahai pejuang adat Gayong iaitu kita  sendiri. 

Gambar Hiasan Sandang Contoh

Susunan dan nama yang dibuat bukan rekaan, ianya ada kaitan dengan Melayu yang mendiami alam nusantara ini.Tetapi kekadang kita lebih menambah untuk kesedapan kita sendiri hingga hilang yang boleh kita katakan kesaktiannya. Apa pun alam yang berkembang ini memang selalu terpancar dengan dusta yang menutup ain kita untuk melihatnya.Bukan sahaja itu malah menjadikan kita tuli iaitu tidak mendengar akan panggilan atau seruannya.

Diambil lagi sebagai contoh sandang Khalifah Muda yang warnanya bertanahkan kuning dan berjalur merah.Disebalik warnanya sahaja sudah tersembunyi rahsianya yang perlu kita tuntut agar kita ada ilmunya.Teringat kata guru dalam kiasnya jika ada sandang ini ibarat panglima yang dengan izinNYA melayani  dan berseloroh telatah 40 orang .Apa kias penyampaian arwah guru tua ini sama-sama kita fikirkan.Sejauhmana kita faham,rujukan kita pula sudah kembali ke Rahmat penciptaNYA. Tinggal hanya secebisan dikalangan kita,kekadang pun kita sendiri tidak faham akan ianya. Mana manikam dan mana kah jauhari yang akan mengenalnya.Alam yang tua ini penuh dengan misteri yang mudah dirungkai kalau kita diberikan pengetahuan akan punca tawarikhnya. 

Cukup sebagai meluaskan minda agar jangan kita duduk dalam kepompong yang kita rasa selesa.Rahsia tersimpan dipurbakala, begitulah pantun arwah guru kita yang selalu kita kenang dan bersedekah AlFaithah serta zuriat salasilahnya.Nun awan putih melindungi aku, zikrullah, Ya Allah Ya Muhammad,Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga kita semua diberkati.


No comments:

Post a Comment