Saturday, May 18, 2013

Jelajah KHTC # 7



Perjalanan kali ni ke Amsterdam, Holland. Memandu menyusuri lebuhraya keutara ,boleh dilihat perbezaan keadaan pemandangannya yang berubah apabila memasuki negara lain.Mulai dengan France melintas Belgium dan akan diakhiri dibumi Belanda ini. Kebanyakan penduduk di Belanda boleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, dan Bahasa Inggeris difahami dan dipertutur dengan meluas. Tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi disini.



Kami menempah bilik disebuah hotel yang terletak di Damrak Street, Amsterdam. Jika menaiki keretapi kedudukan hotel ini tidak jauh dari stesyen keretapi tersebut. Penempatan untuk kereta amat terhad dan sukar tetapi hotel yang kami tinggal menyediakan perkhidmatan parking yang agak jauh dengan servis jokeynya sekali. Satu perkhidmatan yang kami perlukan.


Kami mengambil masa di Amsterdam untuk berehat setelah penat dengan promosi Gayong yang terdahulu bermula dari France hinggalah ke Belanda. Silat Seni Gayong ada bergelanggang di selatan timur Belanda dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengamal silat di Holland ini.Alhamdulillah Silat Seni Gayong diterima untuk bersama dalam Organisasi Silat Melayu disini.


Misi “Sama Sendiri Bantu Membantu” diteruskan selagi kami mampu untuk berGayong walaupun dimana. Apa yang penting penjelajahan ini meninggalkan banyak pengalaman dan akan tersemat sebagai sejarah Gayong khasnya.Harapan kami agar misi yang kami lalui ini menjadi pendorong semangat yang lebih jitu dan menyeru saudara SeGayong untuk bersama kita melaksanakannya agar segala hajat itu dapat dituju.

Semoga kita semua diberkati.

No comments:

Post a Comment