Wednesday, May 8, 2013

Jelajah KHTC # 4



Pada 26 April 2013 kami meneruskan perjalanan dari Louannec ke Lisieux, iaitu sebuah bandar kecil di wilayah Normandie. Jemputan dari  Academie Bothoan Gayong Normandie mengamit seribu perasaan untuk bertemu dengan anak-anak Gayong disitu. Disitu persatuannya dipimpin oleh saudara Anthony Poussot, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam beladiri dan telah jatuh cinta dengan Silat Seni Gayong kerana falsafahnya. Seorang yang menolak politik didalam persatuan secara total dan hanya mahu menumpukan seni beladiri dalam memperbaiki diri sendiri dan sumbangan pada masyarakat setempat.


Surat Jemputan Dari Louannec

Perjalanan memandu selama 5 jam dari Louannec ke Lisieux menyusuri jalan kampung amat mengujakan. Disusuli dengan musim bunga yang baru bermula. Perjalanan awal mengikuti lebuhraya dan ditukar melalui jalan kampung kemudian ditukar ke lebuhraya semula agar pengalaman diperolehi menyusuri pelbagai arah.

Surat Jemputan Dari Lisieux

Perjalanan dimulakan pada jam 1000 dan tiba di Lisieux jam 1500. Acara pada hari tersebut bermula jam 1700. Masa yang ada diambil oleh team KHTC untuk berehat. Persinggahan kami di Lisieux dengan hati yang terbuka dan bersungguh dipelawa oleh saudara Anthony Poussot untuk bermalam dirumah beliau. Sebuah pangsapuri yang terletak betul-betul di tengah bandar Lisieux. Sebagaimana juga semangat Gayong di Louannec yang mempelawa kami bermalam di rumah beliau yang terpaksa kami menolak kerana memikirkan keadaan isterinya yang mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan bayi. Atas dasar menghormati dan memahami kami telah memilih untuk menginap dihotel.


Bandar Lisieux di Normadie France

Sambil menunggu masa acara, kami disajikan dengan minuman oleh tuan rumah dan menyerlah semangat persaudaraan Gayong pada orang asing yang baru mengenal Gayong hampir setahun setengah. Sambil berehat yang disusuli dengan gelak ketawa kekeluargaan kami merasakan seolah suasana berada ditanahair sendiri.


No comments:

Post a Comment