Banyak amalan dalam Silat Seni
Gayong ini. Salah satu amalan yang diperturunkan pada anak-anak Gayong adalah
amalan nafas. Amalan nafas ini adalah amalan dalam merasa keluar masuknya nafas
kedalam tubuh melalui hidung.Amalan-amalan ini biasanya diamalkan semasa hendak
melakukan sesuatu sebagai contoh hendak memulakan perjalanan, berdemonstrasi,
baik dalam acara adat atau sebagainya.
Bagaimanakah merasai turun naik
nafas ini? Nafas ini ada yang panas dan sejuknya, ibarat matahari dan
bulan.Ianya tidak berhenti masuk dan keluar kedalam tubuh manusia selagi hayat
ada.
Dalam petua nafas ini ada ketikanya
masuk dan keluarnya adalah sama nadanya dan ada yang berlainan. Buat kali ini
kita hanya akan berkongsi sedikit tentang
masuk dan keluar nafas dalam kadar yag berlainan dan bagaimana kita dapat memanafaatkannya.
Sekadar Gambar Hiasan |
Dalam petua memulakan perjalanan
maupun memulakan berdemonstrasi, pada suatu ketika dahulu kami diingatkan dan
diajar agar mempraktikkan amalan rasa nafas ini. Tujuannya agar jika ada
sebarang musibah yang bakal menimpa dapat diselisihkan dengan IZINNYA. Petua
nafas ini dikenal pasti dengan meletakkan belakang tangan ke hidung dan merasa
nafas yang keluar darinya. Jika nafas yang keluar itu kuat dari salah satu
arusnya, itulah langkah yang perlu kita ambil. Bila sudah dikenal pasti,
mulakanlah langkah dengan arah tunjuk nafas itu tadi. Dilengkapi ia dengan
amalan bacaan pelangkah agar salin lengkap melengkapi.
Petua nafas ini dkembangkan lagi
semasa bertempur. Peredaran nafas yang dirasa ketika ini dengan IZINNYA menjadi
petua kepada hulubalang Gayong menewaskan musuh mereka . Ianya menjadi pakaian
dalam melangkah hulubalang.Bukan itu sahaja pergerakan tangan dan kaki serta
rasa petua nafas yang sempurna boleh mendatangkan kepaduan semasa melakukan
tumbukan. Nafas ditahan sambil tapak tangan menarik untuk mengengam sambil
dilayangkan dipusat menjadi petua kepada berat penumbuk. (Bagi yang ingin tahu
kaedah yang betul perlulah mencari guru yang arif).
Petua nafas ini bukan setakat itu
sahaja ia juga boleh dihembus ketapak tangan, dihembus kepada seteru kita dan
sebaginya yang menjadi pakaian para hulubalang Gayong dahulu.Semua kaedah petua
Gayong ini disertai dengan amalnya , ada jasad ada roh, ada bumi ada langit
begitu jugalah kita ada amalnya ada petuanya .Apa pun petua nafas ini perlu
dituntut untuk difahami agar ianya dapat dimanafaatkan dalam perjalanan kita mencari khazanah hulubalang Gayong.