Tuesday, May 22, 2012

Tidak Lengkap Tanpa Amalan


Tidak lengkap sekiranya kita mempelajari beladiri Melayu jika tidak dilengkapi dengan amalan yang khusus. Tujuan amalan-amalan ini adalah untuk mewujudkan perasaan takwa tauhid kita kepada tuhan semesta alam. Silat Seni Gayong yang berkonsep islamik juga mempunyai amalan khususnya tersendiri dalam melengkapkan pelatih-pelatihnya menjadi “Malay Warrior “yang sebenar.

Amalan awalan yang ditekankan kepada anak-anak Gayong adalah untuk menyempurnakan 70000 kali bacaan wirid Surah AlIkhlas. Pegkhataman surah ini adalah untuk menyediakan murid-muridnya untuk menerima amalan-amalan yang lain. Amalan –amalan lain seperti pengerun, pembias,pelimun dan sebagainya .

Disini penulis ingin berkongsi salah satu  amalan yang diamalkan dalam Silat Seni Gayong semasa menawarkan senjata tajam. Kalau dahulunya setiap senjata latihan yang hendak digunakan didalam latihan ataupun persembahan ditawarkan oleh gurulatih gelanggang agar dengan izinNYA dipohonkan tidak mendatangkan kemudaratan pada penggunanya.

Credit to myibrah.com


Amalan dalam Silat Seni Gayong ini disamping bacaannya ia disertakan dengan petuanya sekali. Misal kata pengunaan air liur dari lelangit dilakukan dalam amalan menawarkan senjata ini disamping bacaan tertentu. Kebanyakan bacaannya adalah berkenaan asal-usul sesuatu itu. Amalan Silat Seni Gayong ini ada dari AlQuran dan dari mentera yang kebanyakannya menyatakan asal-usul tentang sesuatu hukum alam itu. Sebagai contoh bacaan amalan menawarkan senjata ini adalah ; “Hai! Besi aku tahu asal usul .....................anak cucu nabi Allah Adam”.Untuk mendapatkan amalan yang lengkap anak-anak Gayong perlulah mengadap guru yang arif dan mempunyai ijazah untuk mengijazahkan amalan-amalan ini.

Bukan itu sahaja ianya juga kena mengambil tahu kaedah tertib dalam setiap amalan yang dituntut. Amalan dalam Silat Seni Gayong ini dari mula kita bangun, mandi,berjalan sehinggalah kita melelapkan mata semula. Pendek kata setiap saat ada kaedah beramalnya, seperti yang pernah dikatakan pada penulis suatu ketika dahulu oleh Almarhum Dato Meor dan disusuli dengan kata-kata dari Waris Mutlak Arwah Cikgu Siti Kalsom bahawa Gayong ini semuanya disertakan dengan amalan-amalan suci dari AlQuran dari setiap pergerakan kehidupannya.

Dalam pengenalan awal untuk penulisan tentang amalan dalam Silat Seni Gayong ini, diharapkan kepada mana-mana pelatih yang bercita-cita menjadi gurulatih untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini lengkapilah diri dengan sepenuhnya , dalam ertikata yang dikatakan SILAT SENI GAYONG itu. Dipohonkan agar kita semua DIBERKATI.Amin.


No comments:

Post a Comment