Thursday, May 24, 2012

Saudara SeGayong Ku


Seorang tua yang aku jumpa di perkuburan , begitulah tetiba aku teringat satu kisah. Berlaku beberapa tahun sudah , tidak ingat pula tahunnya. Pada satu pagi aku mendapat perkhabaran meninggalnya seorang yang berdarah raja. Terlintas dihati untuk menziarahi dan menyempurnakan fardhu kifayah sebagai seorang muslim. Aku pergi dengan seseorang yang memang kenal dengan almarhum ini. Entah kenapa hari itu aku kepingin untuk melakukan ziarah, sebelum ini tidak pernah pun aku berbuat demikian. Mungkin ada hikmahnya kata hati kecil ku.

Kami terus menuju ke kawasan perkuburan kerana sampai kami agak lewat.Dilihat disitu ramai saudara semuslim sudah menunggu , bagaikan melangkah kanan kami sampai serentak dengan sampainya jenazah. Selesai upacara pengebumian kami pun berjalan menghala kekereta. Di perhatikan kawasan perkuburan sudah mula lengang.Satu persatu meninggalkan kawasan tersebut. Terlihat oleh kami seorang tua yang sedang menunggu bas. Lalu kami pun menyapa,”aki nak kemana?” katanya, “ nak balik”. Begitu pendek jawapannya.


Sekadar Gambar Hiasan

Kami pun menawarkan padanya untuk menghantar beliau pulang. Lalu bersama duduk dipondok bas yang agak usang yang diperbuat dari kayu itu. Dalam kami bercerita terkeluar dari mulutnya satu mentera yang amat aku pasti dan menjadi amalan dalam Silat Seni Gayong. Terkedu aku seketika, namun aku ingin mengetahui secara lanjutnya siapakah orang tua ini.Aki ini bercerita tanpa henti dalam nada yang perlahan tetapi amat mudah didengar dan difahami.” Itulah daulatnya,” katanya meneruskan perbualannya, kami meneliti dengan tekun apa yang dilafazkannya. Terlintas dalam ingatan aku akan apa yang diberitahunya itu adalah sama sebagaimana yang pernah diijazahkan pada aku suatu ketika dahulu di Taiping. Baru aku tahu rahsianya, begitulah yang terdetik dalam sanubari ku.

Aki ini sebenarnya pun menziarahi jenazah itu tadi. Kami boleh tidak perasan akan kehadirannya disitu. Apa pun yang menjadi tumpuan kami adalah atas apa yang disampaikan aki ini. Lalu dia meneruskan kisahnya, katanya datangalah kerumah, mempelawa kami . Tambahnya ada sesuatu dirumah yang berbungkus dalam kain kuning untuk tatapan kami. Kami hanya mengangguk sahaja . Agak lama jugak kami disitu bermula dari Asar sehinggalah membawa hampir Maghrib. Lantas katanya, “dah nak Maghrib ni, aki nak balik”. Kami pun membawa aki tersebut menaiki kenderaan dan menghantarnya pulang.

Oleh kerana hari pun sudah lewat dan teman ku tadi perlu bergegas pulang maka kami batalkan untuk melihat dan mengetahui apakah rahsia bungkusan kain kuning yang dikatakan aki tersebut.Pulang kami dengan penuh tanda tanya dan disusuli dengan kepuasan atas penerangan yang kami terima.Apa yang boleh kami rumuskan disini , aki ini mengamalkan apa yang kita katakan Gayong dan tidak dapat disangkal lagi hasil dari pemerhatian kami memang dia saudara SeGayong , seperigi , sejalan, sedarah, sejadi.....Siapa aki itu sebenarnya menjadi misteri sehingga kehari ini.

No comments:

Post a Comment