Monday, August 8, 2011

Kesan Seni Gayong

            Kita sering mendengar yang dikatakan seni dalam Silat Seni  Gayong. Tetapi adakah kita pernah merasa atau ditunjukkan cara atau kaedahnya dalam permainan yang dikatakan seni ini. Banyak sahaja video yang di uploadkan di dalam internet tentang Silat Seni Gayong tapi jarang sekali kedapatan video tentang seni dan kalau ada pun adalah terlalu sedikit dan mungkin kita sendiri tidak mengenal pastinya.

             Kalau dulu bermain dibibir gurulatih kita mengatakan bahawa Seni Kuncian Gayong ini boleh memengsankan penyerangnya dan bagi yang bertuah dapat merasa maupun melihat teknik ini dilakukan.Melihat dan merasa adalah suatu keadaan tetapi melakukannya agar ia menepati sebagaimana tekniknya itu yang sukar.Kekadang kita mencuba berulang kali masih gagal, tetapi “training makes perfect provided we have the correct instruction and knowledge”.
Kesan Pengsan Kuncian Gayong Tangan Kosong


             Mudah untuk menyatakan tetapi amat sukar untuk melakukan, tetapi tidak mustahil jika sudah menguasainya mudah sahaja applikasinya, apa yang penting formula tentangnya. 

Kesan Pengsan Seni Kuncian Simbat Gayong

             Apa yang sering terjadi semasa latihan adalah seni dalam sendi, maksudnya dalam melakukan kuncian misal kata kilasan sendi digunakan untuk memudah melakukannya.Tertanya kita, jika kita lakukan dengan satu jari untuk mengilasnya boleh atau tidak? Persoalan ini bermain diminda kita apabila kita banyak membaca atau medapat info tentang seni pertahanan ini.

           Ternyata apabila dikembangkan sedikit memang kita boleh melakukannya tanpa kekuatan yang penuh. Mula lah kita merasakan satu nikmat tahap yang kita capai tetapi masih ada lagi tangga yang perlu kita naiki.   Bermula dengan kedua tangan, kita mengorak langkah dapat memengsankan penyerang hanya  memadai dengan pegangan jari sahaja  maka meningkat kepada sentuhan jari pula, kemudian dengan hanya  penggunaan satu tangan dan sebagainya. 

Rupa Muka Sebelum Kuncian Gayong
Rupa Muka Setelah Kuncian Gayong- Terbit Darah Dari Liang Roma


            Hasil dari semua ini banyak keputusan yang kita perolehi dari segi fizik dan kimianya. Apa pun yang kita capai itu adalah atas usaha kita, berkat pembelajaran yang kita terima dan mudah-mudahan dapat diwarisi generasi seterusnya agar ia berkekalan dan kualitinya terjaga.Secara dasarnya untuk menguasainya tidaklah semudah dan seindah menyatakannya, bergantung kepada kita yang berlatih untuk penguasaannya, semuanya atas sejauh mana komitmen kita terhadapnya. Yang penting disini berkatnya kerana apa sahaja dalam Gayong ini adalah berkatnya.Amin.

                                              Seni Gayong turunan Wali,
                                              Penuh dengan hikmat mulia,
                                              Seni asli seni sejati,
                                              Dizahir disusul ilham bermula.

1 comment:

  1. blog dwibahasa :)
    lpas baca entry yg ni, pas2 sy tgok blik video sy kena kunci dengan cgu, baru sy perasan, lpas sy kna kunci dgn cgu di unisel hari tu, npk la perbezaan kat muka. lbh kurang mcm gamba kat ats :)

    ReplyDelete