Sudah lama juga menunggu saat
pengumuman dilaksanakan.Pada tanggal 29 Jun 2014 berkat Ramadhan pertama 1435 bermula era baru Silat Seni Gayong
Netherlands.Dalam suasana yang tenang Silat Seni Gayong diumumkan secara rasmi
sebagai satu badan yang wujud dinegara itu.Sebelum ini kewujudan gelanggang
Gayong semenjak 2012 hanyalah secara tertutup.Melalui perisytiharan ini Silat
Seni Gayong akan secara drastiknya memulai sessi tahun seterusnya bergerak
dengan lebih laju dan maju.InsyaAllah.
Kalau dulu sekitar 2012 ia
dimulai dengan bergelanggang disatu pekan kecil yang bernama Geldrop. Satu
pekan yang berhampiran dengan bandar Eindhoven yang boleh berbasikal sahaja. Berkat kesabaran,
Gayong akan menambah gelanggangnya disessi akan datang dan sejurusnya selepas
peristiharan tersebut satu gelanggang Gayong akan dibuka di bandar Roermond dan
disini ia akan menjadi sebagai pusat untuk mengerakkan Silat Seni Gayong di
bumi Belanda ini.
Gambar dari Ron Bout - Berpenchak Di Belanda Semasa Perisytiharan Rasmi Kewujudan Silat Seni Gayong Netherlands |
Melalui perancangan yang telah digariskan bagi menambah
tenaga pengajar, satu bentuk latihan yang agak padat akan
dilaksanakan.Diharapkan dengan ini ia akan menguatkan lagi barisan kepimpnan
Silat Seni Gayong disini.
Berkongsi Pengalaman Di Roermond |
BerGayong di Geldrop |
Mendapat sokongan dari Dewan
Sesepuh Belanda dan NPSB [Persekutuan Penchak Silat Netherlands} menjadi
dorongan kemajuan Gayong disini. Begitu juga dengan sokongan dari PSMN
{Persekutuan Silat Melayu Netherlands} serta sokongan dari Perguruan Silat
Satria Pusaka menyuntikkan semangat berGayong di bumi Belanda ini.
Tidak lupa juga sokongan dan doa
dari semua warga Silat Seni Gayong sampai wujudnya Silat Seni Gayong
Netherlands dengan rasminya.
Semoga kita semua diberkati.