Kembali kita menyambung
perkongsian kita tentang Siapakah Yang Memiliki ILMU GAYONG. Apabila telah
ditunjuk-ajar , dibimbing cara melangkah sehingga kita boleh bergurau senda
antara kita tanpa siapa pun mengalami kecederaan atau kecelakaan maka kita
diteruskan pengajiannya dalam kaedah membunuh atau lebih suka saya
terminologikan disini sebagai berseni.
Amati betul-betul akan kata
berseni ini, ramai yang menafsirkan bahawa perlimau seni itu adalah satu
penerimaan untuk bermain senjata.Tetapi apa yang dikatakan seni disini iaitu
didalam kaedah Silat Seni Gayong adalah bagaimana hendak membunuh mangsa ibarat
Sang Harimau yang mencari makanannya.Jadi permainan senjata itu dilatih untuk
memahirkan kaedah itu tadi.Bagaimana sebenarnya ianya dilakukan atau
ilmunya.Disini ilmu dan petua cara kaedah membunuh cara harimau ini tadi
dikongsikan agar pengamal Silat Seni Gayong betul-betul dapat merasakan yang
mereka itulah yang bakal digelarkan sebagai Hulubalang Harimau sebagai
pengenalan yang telah saya nyatakan dalam penulisan yang lalu.Bukan sahaja penggunaan
senjata dijadikan sandaran tetapi pengunaan tangan sebagai senjata yang amat
bahaya juga diterapkan.Tetapi bagaimanakah ianya dilakukan?Semuanya mahulah
dituntut dan bukanlah sebagaimana yang lazim kita tengok atau kita tonton
dimana-mana pentas pertunjukan di media mahupun secara terbuka.Kalau suatu masa
dahulu dalam setiap langkahnya, dalam setiap buahnya, dalam setiap pukulannya
ada buah yang kita gelarkan Buah Bunuh.
Setiap satu langkah itu ada
kaedahnya sebagai mengambil contoh didalam buah Sawa Berendam, manakah buah
bunuhnya disitu.Bila bergerak sahaja dibunuh, dibunuh gerak,dibunuh
langkah,dibunuh setiap liang romanya.Fikir-fikirkanlah,faham-fahamkanlah.Jangan
hanya berdentum guruh dilangit belum tentu akan hujannya.
|
Sekadar Gambar Hiasan |
Bukan habis disitu sahaja ianya
diteruskan dengan apa yang ada dibadan dan apa yang ada pada badan.Kalau kita
memahami sebagaimana yang dinyatakan oleh Arwah Dato Meor , apa yang ada
dibadan atau apa yang ada disekeliling dan apa yang ada pada kita semuanya
boleh digunakan untuk mempertahankan diri.Apakah maksudnya ? Ia memberikan makna
jika ada pengetahuan ilmu dan petuanya segala pesekitaran kita boleh digunakan
sebagai senjata dan kalau ia digunakan sebagai senjata sudah tentulah ianya digunakan
untuk penyelamatan diri dan tidak mustahil berlakunya pembunuhan disitu jika keadaan
memerlukan sebagai contoh adalam peperangan.Sudah dimaklumkan Gayong ini adalah
ilmu perang Melayu pada zaman dahulu maka faham-fahamkanlah.
Kalau suatu ketika dahulu dilihat
sendiri akan kaedah ini, dipegang layu,disentuh tumbang dan sebagainya. Hanya
dengan pengunaan jari sahaja sudah memadai.Seninya amat tinggi sehingga
dikagumi seantero serantau.
Malah seni-seni ini diajar cara
melangkahnya maka disusuli dengan cara ketahanannya atau pun mudah bicara cara
pengawalannya.Kesemua cara ini ada kaedahnya yang tersendiri sebagaimana ibu
harimau menjilat anak-anaknya dalam tempoh 21 hari selepas kelahiran mereka dan
terus menjilat tubuhnya sehinggalah mereka dewasa.Kadang dilakukan secara
bersendrian dan kadang-kadang dilakukan oleh pasangannya atau spesisnya.Renung-renungkanlah
akan ilmu dan petua harimau ini.Sudah dikatakan Silat Seni Gayong ini kaedah
bermain cara harimau.
Apabila dilengkapi dengan seni
ketahanan ini maka jika berlaku sebarang permasalahan didalam perkelahian
tidaklah ia mendatangkan kemudaratan.Mungkin apa yang dinukilkan disini menjadi
tanda tanya adakah ianya "kebal"? Sebenarnya tidak sama sekali tetapi
suatu kaedah ilmu dan petua sebagai contoh jika di lakukan Seni Tapak Kunci
Mati dan jika betul seninya mungkin pada peringkat awalnya boleh dipengsankan
tetapi ia boleh dielakkan dari terjadi dan inilah yang dimaksudkan.Mungkin kita
mula berfikir ianya Seni Tapak Kunci Hidup atau pentas, sebenarnya bukankah
kerana pentas itu masih lagi bersilat.Ianya adalah satu ilmu dan petua seni,
tanpa mengerakkan langkah yang kita kenali sebagai bersilat cuma mengerakkan
seninya.Mungkin amat sukar kita faham melalui tulisan tetapi dengan tunjuk ajar
guru ianya mudah.Satu misteri bukan ? Saya berharap penulisan ini dapat membuka
minda anak-anak Gayong supaya jangan sampai kita diselubungi misteri.Itulah
ilmu dan petua berGayong berseni.Rungkaian ini dalam kaedah perlimau sahaja dan
tidak lagi dilebarkan kepada kaedah beradat yang lain.sebagaimana keterangan
saya yang lalu ianya berkait ibarat dekatnya daging dengan urat begitu jugalah
adat dengan silat dengan seni dengan Gayongnya.Sesama kita memahaminya.
Semoga kita diberkati.
bersambung...........