Dalam entry kali ini dikongsikan
apa yang dikatakan Serbuk Beracun dalam Silat Seni Gayong.Kita mungkin jarang
mendengarnya tapi ia adalah sebahagian dari kaedah yang ada dalam Silat Seni
Gayong. Kita fahami dahulu apakah Serbuk Beracun ini. Serbuk diertikan sebagai
satu penyediaan bahan campuran kering yang diperhaluskan untuk tujuan kegunaan
dalaman dan luaran. Beracun pula adalah sesuatu yang mengandungi racun.
Kesimpulannya Serbuk Beracun ini adalah sesuatu yang halus berserbuk yang
mengandungi racun.Ianya digunakan untuk memusnahkan lawan secara halus dizaman
feudal panglima Melayu.
Kita bolehlah kategorikan bahawa
pengamal Gayong ini adalah seorang Chemist.Penyediaan Serbuk Beracun ini dibuat
dengan teliti dengan campuran bahan yang dipilih mengikut kadar yang tertentu
timbangannya. Kemudian disimpan mengikut kadar tempoh hari yang diperlukan agar hasil keberkesanan
racunnya itu mujarab. Bisa racunnya adalah bergantung kepada jumlah hari
penyimpanan. Tempat penyimpanan pula adalah disuatu tempat rahsia bagi mengelakkan daripada kesilapan pengunaan oleh
individu tertentu dan untuk keselamatan pengunaan tanpa tujuan yang dibenarkan.
gambar hiasan |
Percampuran bahan kering ini
sehingga menjadi serbuk halus adalah dipilih dari tumbuhan,binatang dan sebagainya
mengikut kadar racun yang hendak disediakan.Penggunaannya juga bergantung untuk
luaran mahupun dalaman.
Walaupun demikian jika ada
racunnya sudah tentu ada ubatnya , penyediaan ubat juga disertai dengan
racunnya juga dari alam sekeliling kita.Kaedah
begini juga ada dalam beladiri China, penyediaan ubat dan racun dari alam
sekeliling.
Pengunaan Serbuk Beracun ini
dipelbagaikan mengikut penyediaannya, digunakan pada senjata , tempat,makanan
dan lain-lain keadaan dengan motifnya memusnahkan musuhnya secara senyap.Penyerangan
secara berimba berimau dengan pengunaan
Serbuk Beracun ini amatlah berkesan dan mendatangkan kegerunan pada musuh.
Sekarang pelajaran ini sudah
tidak diajar lagi dan kalau ada pun hanya segelintir sahaja guru dalam Silat
Seni Gayong berpengetahuan tentangnya.Oleh kerana ianya adalah sebahagian dari
khazanah perbendaharaan Silat Seni
Gayong, ia menjadi satu pengetahuan yang perlu diambik tahu akan
kewujudannya.
Semoga kita diberkati.