Monday, May 18, 2015

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong? sambungan bahagian #7



Tersentap ia dari keasyikannya dan tumpuannya mula berkumandang akan misteri "se" yang dijejakinya selama ini. Sudah puas ia meredah belukar dan lurah namun misteri "se" masih menghantui fikirannya dan kadang-kadang membuatkan dia hilang punca dan menimbulkan tanda tanya. Kenapakah ianya sukar menemui jawapannya menerjah acap kali dalam benak minyak otaknya. Semangatnya merungkai misteri ini terus segar bugar apabila teringat akan pesan gurunya.Bingkas bangun ia mempersiapkan dirinya dengan bersiram, mengurut lima anggotanya dengan penuh teliti.

Sesudah itu ia pun bersemayam sebaik mungkin dengan iringan deruan lagak berdendang lagunya. Rentak nada yang kadang-kadang sayu kadang-kadang mendayu kadang-kadang keras. Bila terkenang menitis airmatanya kerana pencarian "se" nya masih tidak ditemukan. Rasa kepenatan dan kejemuan mula menghambat dirinya dan mulalah ia mengelamun kedengaran bisikan-bisikan yang menyuruh ia batalkan saja niatnya.

Credit to Google
Namun apabila memandang kehijauan daun-daun yang kepelbagaian menzahirkan kekuatan agar keterusan ia melayari merungaki misteri ini. Satu demi satu lembaran tawarikh perjalanannya diungkapkan dibelai. Dibimbangi tertinggal petunjuk sehingga ia masih gagal menemuinya. Diamati betul-betul akan lembaran tersebut,Dinilai, ditafsirkan akan setiap kisah perjalanannya dengan mengingati semula petunjuk yang diberi oleh gurunya dahulu.

Matanya tertumpu seketika , terdetik nalurinya , inilah yang ia terlepas pandang sehingga kan gabungan perjalanannya hampir tidak sempurna. Diamati ia sekali lagi dengan teliti akan bait-bait perjalannanya itu. Ia tersenyum sendirian, teringat akan dia betapa lemahnya makhluk ini sehingga dilalaikan dari melihat akan keajaiban yang telah dibentangkan. Mengucap istigfar ia beberapa kali, dan nalurinya menyatakan inilah kunci akan terurainya misteri "se" yang disusuri selama ini.

Begitu yakin kelihatan disinaran matanya menampakkan semangatnya kembali pulih. Hidayah tuhan berpihak padanya kali ini. Dalam keasyikan ia yakin menemui apa yang dicarinya. tiba-tiba bahunya ditepuk  dari sisi. Dilihat ia akan gurunya berdiri disisinya dengan penuh bergaya lagak hulubalang yang bersiap siaga dalam semua suasana. Ia hanya mendongak melihat kan kelibat gurunya ini. Hatinya kembali tenang bila melihat kehadiran gurunya disisi dan bolehlah beliau mengesahkan penemuannya itu.

Gurunya masih berdiam disitu, mungkin menunggu ia mulakan bicara.Baharu saja ia mahu berkata-kata, gurunya melontarkan satu perkataan yang diulangi sebanyak tiga kali dan ditiup kesabaran dalam dirinya. Tunduk longlai tengkuknya bertafakur dan kembali ia duduk dalam ketenangan, Seketika detik ditoleh semula kelihatan gurunya sudah menghilang entah kemana. Terlintas dalam hatinya apakah maksud gurunya tadi........

bersambung........

semoga kita diberkati.


Friday, February 13, 2015

Siapakah Pewaris Yang Layak Menyampaikannya..?



Makin lama makin terkeliru kita dengan pelbagai andaian dan jawapan tersendiri akan hal adat persandangan malah semua yang bersangkutan dengan adat dan ilmu dalam Silat Seni Gayong ini.Ia dilihat dan diterima dengan baik jika ianya membina, tanpa meninggalkan atau mengenepi atau membuang terus apa yang telah disusun yang telah dan mendapat pengesahan pengasasnya sendiri. Beliau sedia maklum akan hal tersebut,persoalannya kita yang terlalu ramai menunjuk tahu dalam hal yang kita tidak tahu. Tidak mengapa tidak tahu carilah untuk tahu jangan tidak tahu tapi buat-buat tahu.

Pertabalan dan penganugerahan sandang dalam Silat Seni Gayong selepas tiadanya Almarhum Dato Meor Abdul Rahman siapakah pewaris yang layak menyampaikannya. Untuk menjadi pewaris penyampaian ini kenalah dilihat beberapa kriteria yang penting :

1]  Mempunyai ilmu tentang adat istiadat penyampaian,pertabalan sandang kebesaran Silat Seni Gayong ini. Mungkin kita akan bertanya apakah ilmunya itu? Silat Seni Gayong ini bersendikan adat dan meletakkan islam sebagai keutamaannya yang tidak berubah. Pelaksanaan ilmu semasa menjalankan majlis ini perlulah diketahui adat tertibnya sebelum , semasa dan selepas. Persediaan sebelum majlis bagaimana, dalam erti kata susun aturnya, peralatannya dan lain-lain.Jika dikatakan adat Gayong ini adat istana Raja-raja maka perlu ada semua ini. Semasa pelaksanaannya pula bagamana adat dan adapnya, bagaimana doa dan lafaznya, bagaimana penerimaannya dan lain-lain. Pengakhirannya selepas penerimaannya, diketahui atau tidak tugas dan fungsinya, bagaimana mahu menjaga adap dan tertibnya dan lain-lain. 

2]  Penyampai mestilah menerima mandat dan diijazahkan akan ilmu dan segala kaedah pertabalan sandang ini.Cara ini akan menurunkan sanad pengijazahannya kepada yang berkelayakan dengan ilmu yang dituntutnya dalam Silat Seni Gayong ini. Pengijazahan ini adalah satu pengiktirafan dari yang mempunyai kuasa dan ilmunya tentang hal adat istiadat penyandangan ini. Sebagai contoh pengijazahan Almarhum Dato Meor kepada anak-anak Gayong yang taat setia untuk menjalankan perkara ini seperti Cikgu Kalsom dan lain-lain.

3]  Ilmu yang dimiliki ini mestilah ilmu yang dituntut bukan ilmu yang diikut-ikutan. Banyak sudah yang terjadi mengambikira penyampaian pertabalan sandang ini satu kerja yang mudah sekadar menyandang dan meletakkan keris dibahu.Bukan sahaja dalam hal penyandangan dan hal lain juga berlaku pelangaraan adat istiadat Silat Seni Gayong ini sebagai contoh dalam hal perlimau dan lain-lain.Jika kita tiada pengijazahannya maka tidak perlulah kita mahu berlakon yang kita tahu cukuplah sekadar kita menjadi penyokong dan bersama berkerjasama dalam pengendaliannya dan sesama kita mencari keberkahannya.
Contoh Gambar Design dan Saiz Sandang Lengkap Yang Ada Dalam Simpanan Penulis

Itulah ciri-ciri penting perlu diambil kira.Ilmu perlu diteruskan dan bukan hilang dalam perjalanan.Ilmu yang diteruskan ini mesti dan wajib mempunyai jalinannya yang benar akan ilmunya itu.Jadi bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria dan tanggungjawab sedemikan maka jalankanlah tugas dengan jujur dan ikhlas suapaya kita bersama mendapat berkatnya.Dato Meor Abdul Rahman sudah meninggalkan kita, yang tinggal dengan kita berkatnya sebagai guru.Janganlah kita cemari institusi yang telah dibina ini, marilah kita bersama memartabatkannya mengikut perjalanan tuntutan keilmuan yang benar.Memang pahit untuk mengaku akan kelemahan diri dan kekurangan tapi itulah sebahagian nikmat yang kita tidak mahu rasainya.

Semoga dengan pencerahan ini dapat membuka minda anak-anak Gayong dan bersama memertabatkan Gayong ini agar saling berpadu menuju hajat yang dituju dengan penuh keberkatan.

Semoa kita semua diberkati.


Sunday, February 1, 2015

Senarai Sandang Silat Seni Gayong



Beberapa permintaan diajukan supaya dikongsikan senarai sandang-sandang semasa Almarhum Dato Meor Abdul Rahman masih bersama anak-anak Gayong. Jika dilihat evolusi sandang ini begitu ketara sekali selepas ketiadaan beliau. Apa pun mungkin ianya hanyalah pengolahan bagi apa kehendak dan pengertian mereka yang menyusunnya . 

Sebagai perkongsian sandang-sandang yang ada dan ditandatangani pengesahannya semasa adanya Almarhum Dato Meor Abdul Rahman hanyalah berjumlah 13 sahaja bagi sandang berjawatan dan hanya 8 sahaja bagi sandang kehormat.Bagi penulis inilah panduan atau menjadi perkara wajb bagi anak-anak Gayong mengambilnya sebagi ukuran pemakaiannya tanpa ada tokok tambah yang kekadang menjadi kekeliruan pada generasi yang menenpuh alam berGayong ni.Apa pun penerimaan mahulah diterima secara terbuka dan bagi penulis penekanan pada yang asal tidak boleh diketepikan.Buat penulis yang masih berpegang dan mengekalkan sistem ini dan berpendapat ianya perlu dikekalkan kerana ada rahsia yang tersembunyi disebaliknya.

Jika dalam memajukan pentadbiran dan berevolusi itu satu perkara yang baik untuk kemajuan dan pembangunan. Tetapi dalam sistem adat mahu pun pelajaran kegurulatihan ianya perlu pengekalan walaupun dalam kegurlatihan boleh ditingkatkan kaedah pedagoginya agar ianya lebih mantap dan berilmiah dari mengadakan apa yang tidak ada, diadakan dalam sisitem pelajaran Gayong ini.

Disenaraikan disini nama-nama sandang yang disahkan oleh Alamrhum Dato Meor Abdul Rahman :

Senarai Nama Sandang Yang DiTandatangani Oleh Almarhum Dato Meor Abdul Rahman

Sandang Berjawatan :

Seri Mahkota Agong Chula Sakti , Seri Mahkota Agong Chula Pelangi, Seri Mahkota Agong Pelangi Sakti, Seri Mahkota Agong Bintang Sakti , Seri Mahkota Agong Relang Pelangi, Seri Mahkota Bintang Pelangi , Seri Mahkota Relang Pelangi , Seri Mahkota Cahaya Pelangi , Seri Chula Pelangi , Seri Bintang Pelangi , Seri Relang Pelangi , Seri Cahaya Pelangi , Seri Pelangi .

Sandang Kehormat :

Mahkota Agong Seri Pelangi , Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi , Mahkota Agong Seri Relang Pelangi, Mahkota Seri Bintang Pelangi, Mahkota Seri Relang Pelangi, Mahkota Seri Cahaya Pelangi , Mahkota Chula Pelangi, Mahkota Bintang Pelangi.

Semoga dengan perkongsian dan pencerahan ini menjadi renungan anak-anak Gayong akan sejarah yang telah tercatat secara bertulis dan terpulanglah pada kita sejauhmana kita perlu atau mahukan pengekalannya.Sebagai pandangan dan rumusan ianya  terlalu banyak kekeliruan yang terjadi sekarang ini.Semoga anak-anak Gayong yang semakin bijak dapat menilai mana intan, mana permata dan mana berlian.

Semoga kita semua diberkati.




Saturday, January 31, 2015

Tirai 2015 Membuka Era Maju Silat Seni Gayong Belanda



Tahun 2015 membuka tabir baru Silat Seni Gayong di Belanda. Setelah hampir 7 bulan berbincang dan mengatur strategi untuk memajukan Gayong di Belanda , akhirnya  keputusan dibuat dengan meenganjurkan latihan intensif buat bakal gurulatih pada 17-18 Januari 2015. Silat Seni gayong Belanda telah menamakan latihan ini sebagai latihan kegurulatihan tahap 1.

Peserta telah dipilih berdasarkan beberapa kretaria dan seramai 9 perserta telah terpilih untuk sessi yang julung kali diadakan ini. Peserta terdiri dari pelbagai kategori umur dan latarbelakang. Tapi yang pastinya mereka-mereka ini hanya sayangkan silat dan mahu melihat silat berkembang dengan majunya tanpa mempedulikan poilitik yang kebanyakan berlaku dalam mana-mana pertubuhan beladiri amnya silat khasnya.

Sessi dimulakan dengan penerangan adat-istiadat yang terdapat dalam Silat Seni Gayong dan pengenalan khusus pada perlimau tapak. Segala persoalan dijawab dengan baik dan diterima dengan baik juga serta telah mendapat kefahaman yang mendalam oleh mereka serta adat perlimau ini akan dijalankan pada sessi yang kedua nanti yang dijangkakan dalam bulan April nanti.


Silat Seni Gayong Belanda Latihan Bakal Gurulatih Tahap 1
Sessi seterusnya dimulai dengan pengenalan tentang sistem pelajaran Silat seni Gayong. Latihan intensif berjalan dengan baik dengan penerangan yang cukup mendapat perhatian yang mendalam dalam menyediakan mereka sebagai gurulatih Gayong yang berwibawa,berkalibar dan yang utamanya amat penting  berkualiti.

Kesemua perserta merasa sungguh teruja apabila ditunjukkan Silat Seni Gayong dan mereka mempelajarinya dan akan menjadi penerus Silat Seni Gayong di bumi Belanda ini. Komen yang diberikan oleh mereka pelajaran Silat Seni Gayong ini sungguh lengakap dan terperinci dan kesesuainnya dalam semua keadaan tempat dan suasana dalam membela diri.

Hans Menerima Tunjukajar Kaedah Bangun Harimau
Pelatih-pelatih ini akan buat pertama kalinya mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong disatu pesta persilatan yang setiap tahun diadakan di Negeri Belanda ini yang dcukup terkenal dikenali dengan nama Pasar Malam Tong-Tong pada bulan Mei nanti.

Sejutaan tahniah pada mereka yang terpilih dan mereka-mereka inilah yang menjadi barisan pertama dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dibumi Belanda ini.Alhamdulillah selepas dari latihan intensif tersebut satu lagi gelanggang Silat Seni Gayong Belanda telah diistiharkankan iaiitu di Weert, Belanda.Sehingga kini Silat Seni gayong sudah mempunyai dua gelanggang di Belanda.Hidup dan maju Silat Seni Gayong Belanda.

Semoga kita semua diberkati

 

Thursday, October 23, 2014

Baton An Introductory



Short staff or baton becomes one of the demanding techniques for martial artist in most of the world. Despite knife , baton has been accepted by most of the martial artist. Because of the rapid growth the applications from the techniques adapted by some style to keep up phase of the popularity. 

Silat Seni Gayong has this baton techniques in their syllabus. It is originally the art of the style and it was categories in "Seni Simbat". In Gayong there are short and long staff particularly and also an additionally short baton known as "cota". This cota is much more shorter than the normal short baton. The size of "cota' is between the palm and the elbow and the length should not be above it. There are also many varieties of baton been applied in Silat Seni Gayong.



Baton - The Movement
In Silat Seni Gayong baton are performed with basics movement. The movement are taught how to countering an attack and to do an attacking. The movement are taught from one angle of position until the position of the 4 angle of the wind. All this application comes with locking , striking , counter locking and mastering the footwork. Nevertheless the baton techniques inclusive a jumping or rolling techniques  be apply while the baton is still been hold and sometimes a striking were made during the movements.

Baton - The Escape Techniques
The way of holding the baton in Silat Seni Gayong is by holding it one quarter from the edge. This method can generate more energy to the baton when applying a strike and the balance of the baton can be apply with various kinds of techniques. When performing a strike a Gayong practitioners will used all his arm in order to delivered a strong impact to the target because in the philosophy of silat is to finish the fight as soonest as it can. There is no fooling around and showing artistic movements especially with weapons and an aggressor with weapons. Chances comes once and the chance should be taken to survive without a mistake.

Baton - The Footwork
Therefore the techniques in Silat Seni Gayong is direct and fast and intercept any attacking before they reach you. This philosophies has been in the art since ancient days. Only it was not exposed to the world due to the culture of the Malays, as time change everything's and now been shared all over the world.

Silat Seni gayong is an ancient art and something that ancient is like a nail that has been kept long time and rusty. A rusty material if it was thrust into us will be poisonous , dangerous and will harm us and we need an aid for it. so does the art of Silat Seni Gayong an ancient art that should be taking note on.

Semoga kita diberkati.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...