Monday, May 21, 2012

An Evolution Or .......?????


An evolution or just don’t understand or getting the wrong training knowledge? Firstly, a question that are jumping into my mind on the method of training in Silat Seni Gayong. In those days the method of exercise that had been taught are slightly different from today.

Let us go through on the first part when we wanted to make any movement on the art. What I saw in many training ground many students are no longer standing on their toe when making the first move. Definitely the breathing as well are not been inhale upon making this movement. Where else in the heir days performing these fundamental moves the toe should be lift up and breathing should be applied. What went wrong? Are we getting the right method or just a lack of knowledge? The correction should be done in order to making sure preserving the art.

Lifting The Toe


As we passing through one by one the moves we come across again another movement. This time the method of kicking that been performed in the second exercise known as “Lambong Kemudi”. Most of the practitioners while doing this movement mistakenly making the front kick instead of the correct way. “ Lambong Kemudi” is kicking or swinging the leg as high as we can upwards. Remember while doing this both hand must be covering the groin. The two misunderstanding from this moves are in kicking and not covering the groin with both hands. Front kick are been taught in the next movement of the art. It must been taken seriously and correcting the concept precisely in order to get the correct training.

Lambong Kemudi


I am just taking randomly on these topics and hoping that sharing the knowledge that I had during my days with the great founder and ultimate beneficiaries are benefitted. One other method I foresee the lack or left out are in the locking techniques what we call “ Seni Tapak Kunci Mati”. In the first technique known as “sinking Python” or in Malay “Sawa Berendam” the left over techniques commonly left out are the elbow striking while bending the arm when locking. Maybe due to the fast world we neglect reflect of the elbow or what we learn are not as details as the heir days. I do sometimes making mistakes as well when performing these techniques but when referring back to my old books on my hand writing during my learning days and still learning until today I found out that there are so many short cuts on the art performing currently.

What a pity when seeing a practitioners performing “Seni Tapak Kunci Hidup” , the pair perform should be expressing their talent in striking and opening a locking and mastering the art footwork, showing not  the art precisely but the art of a tournament in silat. You can’t see what so called Silat Seni Gayong anymore here but only a show that cheering the spectators. In the old days when Silat Seni Gayong performed the audience will be silent and shouting upon watching the dreadful of the art. I missed those days and hoping that it will return the glory’s.

 A serious effort should be make in making the correct knowledge and preserving the art because there are too many mysterious things in this old art that has to be understand and making us a great Malay Warrior and sharing the way with the world.
 




Sunday, May 20, 2012

1 Langkah 7 Pukulan


Kembali kita menyambung perbincangan seterusnya dalam kaedah mengelak ini. Kalau diperhatikan dalam kaedah mengelak bahagian dua , yang menggunakan kaki ,konsep melangkah yang diterapkan atau dilatihkan adalah hanya 1 tapak . Bezanya adalah pengalihan badan untuk melakukan 7 kaedah pukulan.

Mari kita susuli sebahagian kaedahnya. Diambil contoh dalam elakan bahagian dua kaedah tapak yang pertama , larian melangkah selari dilakukan. Begitu juga yang seterusnya sehingga yang ketujuh. Jika diperhatikan disini dalam larian langkah badan kita itu, jika kita melakukan pukulan ,dalam keadaan badan mengelak yang stabil ianya akan menepati sasaran yang kita impikan.

Cuma bezanya disini dalam elakan bahagian dua ini yang tertumpu pada penggunaan kaki kaedah mengelek badan disusuli tendangan. Kalau dikatakan tentang seni , ini adalah lagi satu kaedah seni dalam pergerakan yang diadunkan dalam melangkah dan mengelek dengan penyertaan badan . Pengelekan badan ini kena kaedah yang betul mendatangkan kesan pukulan yang hebat keatas penyerang. Melalui saluran tenaga daya yang tanpa diaturkan ianya datang secara semulajadi hasil dari gerakan seni badan dan langkah.


Gambar Hiasan

Apa yang diterapkan dalam latihan elakan bahagian dua ini adalah kemahiran belaan dengan serangan kaki. Pernahkah kita terfikir atau terlintas jika keadaan menyerang datang dengan kekuatan yang laju dan bertenaga adakah tendangan kita cukup kuat untuk menghentikannya? Apa yang terjadi kita akan tertolak kebelakang. Melalui kaedah latihan elakan bahagian dua ini, latihan yang diajarkan adalah untuk mencari titik lemah pada badan yang boleh menghentikan penyerang tanpa kita berganjak dengan hanya sentuhan melalui kaki.Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi jika kena kaedah seninya yang betul ianya dapat dilakukan tanpa tendangan yang kuat.

Kaedah kelekan badan kanan.kiri,sisi,melompat dilatihkan dalam bahagian ini. Semuanya untuk diberikan keseimbangan pada gerak tubuh. Dalam bahagian ini juga latihan ditumpukan juga kepada serangan kaki pada jarak dekat serta gerak makan gerak. Samada latihan menyerang melalui tangan maupun kaki kaedah latihan dalam bahagian dua ini maupun dalam bahagian elakan satu dalam penulisan yang sebelumnya mampu menjadi belaan pada pengamalnya.

Untuk mendapatkan kaedah latihan yang sebenar hendaklah dicari guru yang arif tentangnya dari segi sifat amalan kaedah tendangan yang diajar dalam elakan bahagian dua ini. Kedudukan langkahnya serta badan yang stabil serta tenaga yang disalurkan hasil dari pergerakan tersebut. Rumusannya dalam elakan bahagian dua ini mengelak langkahnya hanya satu , serangan atau pukulannya tetap tujuh.


Saturday, May 19, 2012

3 Langkah 7 Pukulan


Mari kita menyusul pula membuka minda mengenai elakan 7. Apa yang terkandung dalamnya? Elakan dalam ertikata pengertian mengalihkan atau bergerak sesuatu objek dari terkena oleh sesuatu objek yang lain. Jadi dalam konsep Silat Seni Gayong kenapa elakannya juga dimulakan dengan bilangan 7? Kena faham disini sebelum kita meneruskan ulasan ini, konsep Silat Seni Gayong hanyalah mengelak dan bukannya menangkis. Kaedah menangkis itu dalam Silat Seni Gayong sudah dikira pukulan. Konsep yang perlu difahami sedalam-dalamnya oleh setiap yang mempelajari Silat Seni Gayong.

Kembali kita pada yang dikatakan 7 elakan itu. Mengelak selari, mengelak melangkah,mengelak mengundur dan ikuti seterusnya sebagaimana susunan latihan. Tapi apabila kita amati hanyalah 3 saja alam melangkahnya disitu. Kenapa 3 tidak 7? Sedangkan elakannya disebut 7 kaedah mengelak. Apa yang perlu difahamkan disini adalah 7 kaedah pukulan bukan 7 kaedah mengelak. Yang ingin dijelaskan disini adalah kemahiran mengelak dengan 7 pukulan,jadi dinamai ia dengan nama 7 kaedah elakan.

Kemahiran melangkah dengan 3 kaedah membolehkan pelatih Gayong melakukan serangan atau pukulan dengan 7 kaedah. Langkah yang dimahirkan disini adalah dalam konsep jarak dekat , jarak sederhana dan jarak jauh. Kesemua konsep ini dimahirkan agar pelatih Gayong dapat membela diri dalam keadaan atau situasi pelbagai .

Gambar Hiasan


Manakala konsep 7 pukulan diterapkan agar kemahiran yang diterima dan dilatihkan dilakukan dari pukulan atas sampai kebawah serta ada tangkapan disitu. Posisi-posisi badan dalam mengelak telah semula jadi menyediakan pelatih Gayong menepati sasaran yang diperlukan. Kalau kaedah ini dimahirkan dan dilatihkan serta diamati ,pencapaian kaedah yang dikatakan seni akan dirasai. Lengkaplah nanti apa yang dikatakan tapak dan seninya sekali. Perkara ini bukanlah mudah untuk dikuasai , ia memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi pakar dalam seninya.Latihan yang berterusan membolehkan itu semua serta tunjuk ajar dan nasihat yang jitu dan berpengalaman bernas  dari guru amat penting untuk memahami konsep dan kaedah ini.

Secara dasarnya yang dikatakan elakan 7 itu adalah rangkuman kemahiran 3 langkah serta susulan 7 serangan atau pukulan lantas dinamai ia sebagai 7 kaedah mengelak. Kemahiran 3 langkah ini ibarat bermain catur mencari ruang mematikan langkah lawan dan disusuli dengan 7 kaedah pukulan atau serangan.

Kalau dalam Seni Tapak Kunci Mati bilangannya adalah 7 hasil dari cantuman nama dalam ejaan jawi dua hulubalang Melaka manakala dalam elakan pula langkahnya 3 serta mempunyai 7 kaedah pukulan .Persoalannya sekarang kenapa langkahnya hanya 3 tidak 7 ? Perlu difahami dalam Seni Tapak Kunci Mati juga langkahnya juga adalah 3, cuma bezanya cara menangkap seninya itu yang dikatakan 7 berdasarkan ejaan semangat Jawinya. Apa semangat jawinya? Semangat ini membawa banyak rahsia atau pengertianya, salah satu rahsia alam berserta dengan huruf ini.Hanya yang arif mengetahui.Kalau kaedahnya dalam Seni Tapak Kunci Mati , mangsa yang kena kunci dalam keadaan sebenar sudah diibarat tidak merasai sesuatu atas perbuatan terhadapnya kerana rahsianya telah terkandung dalam rahsa kita. Untuk mengetahui ini perlu guru yang arifbillah untuk menjelaskannya. Itulah Silat Seni Gayong yang dikatakan SENI GAYONGnya.


Friday, May 18, 2012

Ulasan Mengenai Nombor 7 Dalam Silat Seni Gayong


Kejadian alam semesta ini ada bilangannya. Keutamaan bilangan ini ada dilampirkan didalam ALQuran, sebagai contoh 7 petala langit dan 7 petala bumi. Dalam kajian ahli sufi nombor ini banyak boleh  menunjukkan apa yang tersembunyi di alam ini. Bilangan nombor ini memang sinonim dalam budaya  islamik alam Melayu baik dalam apa segi sekali pun. Tidak terkecuali juga dalam alam beladiri Melayu yang kita kenali sebagai silat.

Dalam Silat Seni Gayong  bilangan nombor dimulakan dengan nombor 7. Apa rahsia yang terkandong pada nombor ini? Mari kita cuba mengungkap rahsianya.

Mengikut apa yang disampaikan oleh Almarhum Dato Meor Abdul Rahman Mahaguru Silat Seni Gayong , bilangan ini adalah diambil dari semangat hulubalang Melayu yang masyhur iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Diambil kira dari ejaan huruf jawinya, “ta, waw, alif, ha” dan “jim,ba,ta”. Dari huruf ini dirangkulkan menjadi 7 huruf dan setiap huruf itu ada maksud  dan makna serta bilangan yang tersendiri pula. Sebagai contoh “alif” bilangannya adalah satu manakala “ba” bilangannya adalah 4 dan begitulah seterusnya.

Bilangan nombor ini bukan sahaja ada dalam perjalanan melangkah persilatan tetapi ada juga didalam amalan yang ditegaskan supaya seluruh anak-anak Gayong menyempurnakannya, iaitu  70000 kali surah AlIkhlas dan dikhatamkan.  Tersembunyi  didalam AlIkhlas ini juga 7 bilangan yang menjadi rahsia kecuali pada yang memahami. Apakah rahsia yang tersembunyi didalam AlIkhlas ini, sehingga ianya dinasihatkan supaya anak-anak Gayong menyempurnakannya. Rahsia yang amat besar iaitu rahsia alam ini yang terdiri dari 7 jua bilangannya iaitu rahsia 7 martabat alam.

Gambar Ihsan dari forum.lowyat.net

Kembali kita kepada perbincangan melangkah dalam bilangan 7 pada permulaan menapak Gayong. Diambil dari huruf jawi dua saudara hulubalang Tuah dan Jebat. Pernah atau tidak kita halusi atau amati buah tapak kunci mati satu atau namanya sawa berendam itu? Kalau dihalusi perbuatan alam melangkah ini pergerakan buah tapak kunci mati itu adalah hurufnya “ta”.  Begitulah diikuti “waw, alif, ha,jim,ba ,ta”.

Apakah lagi rahsia yang terkandung dalamnya setelah diintroduksikan pada permulaan melangkahnya? Rahsianya terlalu banyak yang mohon nasihat agar pembaca menuntut daripada guru yang arif dalam hal nombor bilangan Gayong ini baik dalam menapak maupun dalam mengamal. Sekiranya diperjelaskan lagi tentang nombor seterusnya 14,21,49 sehinggalah 349 seni yang dikenali sebagai seni yoi amatlah tidak wajar pada hemat penulis kerana ianya perlu dituntut.

Kerterbukaan penulisan hanya sekadar pembuka jalan bagi anak-anak Gayong yang betul-betul mahu mencari erti sebenar Gayong ini. Mudah-mudahan kita semua diberkati dan dengan fahaman ini dapatlah kita mengelak dari segala ketidakpuasan hati dari segi perjalanan Gayong ini.


Tuesday, April 17, 2012

KHTC New Members




KHTC New Pet

Every anak Gayong know the stories about the loving and care of the late founder on pets especially the wild one. At one time he preserves a Black Panther and a Python. The attitude and spirit of him goes into KHTC.

This is not the first time KHTC has such a great exotic pet. Founded a few days ago at a surau and since then it has been a baby to the training centre. Before this new member, we had 3 times preserves this kind of Python but unfortunately they manage to escape. This time we are making sure its going to stay.

What A Team

Fourteen feet long, a biggest and longer than we had before. The weight is about 30kg with a batik design of body tattoo in black and dark yellow. Sleeping all day and getting active at night around 1 am until 4am.

The Python can stand without food for 6 month and from the day he was caught he had not been given any food yet. Usually we feed him with a chicken same as the previous Python we had before they escape.

Brave KHTC Women Members

For those who are interested to view please do not hesitate to drop by at KHTC. We are only continuing the spirit of the late founder and in mind if we can get the cat family, tiger for example we will do it.

The legacy continues.



Monday, March 19, 2012

Rahsia Dalam Rahsia





Semenjak dua ini banyak diperbincangkan isu rahsia dalam rahsia Silat Seni Gayong. Pelbagai pandangan dan saranan dilontarkan untuk memperjelaskan perkara ini. Yang tinggal hanyalah sekadar perbincangan dalam alam maya sahaja. Pandangan yang diberikan berdasarkan pelbagai rujukan , pengalaman dan kefahaman persendirian. Tetapi apa sebenarnya yang dikatakan rahsia dalam rahsia ini?

Marilah kita ambik satu tajuk dalam membuka minda kita tentang rahsia dalam rahsia ini. Sering diperkatakan rahsia ini adalah dalam persekitaran pelajaran Silat Seni Gayong. Tetapi adakah ianya hanya dalam persekitaran itu sahaja atau skopnya lebih besar dari itu?

Kita cuba menyingkap rahsia ini supaya ia boleh dijadikan landasan untuk perbahasan kita dalam memahami akan hal Gayong ini.

Sebagai pembuka kata mari kita bincangkan dalam hal tentang pelajaran Gayong itu sendiri. Apa yang sebenarnya yang dikatakan rahsia dalam rahsia itu? Adakah hanya dengan mengajar Seni Tapak Kunci Mati Gayong sudah dikatakan membuka rahsia Gayong itu? Secara logiknya seni ini yang sering kita buat dan lakukan adakah kita fahami yang sebenar kaedahnya ? atau hanya sekadar mainan minda dan angan-angan kita sendiri.

Sebagai contoh Kilas Sawa Berendam yang telah ramai menyebutnya  sebagai Sinking Python kerana peranan media electronic  siaran Youtube dan siaran antarabangsa yang lain. Phenomena ini sekarang menular dikalangan ahli beladiri di luar Negara. Adakah ianya telah menepati piawaian seni maupun rahsia yang sering kita bahaskan?

Ingin saya memberi  sedikit ulasan tentang hal ini semoga ianya dapat dikongsikan bersama. Didalam perbuatan buah kuncian ini, dimanakah letaknya rahsia itu? Adakah dari pegangannya kah? Langkahnya kah? Perbuatannyakah? Namanyakah? Petuanyakah?

Terlalu banyak yang perlu diperbahaskan.Kalau dikatakan pegangannya, manakah pegangan yang betul?kalau dikatakan langkahnya pula manakah yang betul  langkah nya itu.Bila dilihat dari segi ini macam tidak kan habis perbincangannya.

Jika dilihat pula dari segi Adat dalam Silat Seni Gayong, dimanakah yang kita boleh bahaskan sebagai rahsia dalam rahsia? Mengambil contoh yang lazim dijalankan , perlimau tapak atau seni. Apakah rahsianya disitu, adakah petuanya?adakah berkatnya?adakah ikrarnya?

Memang terlalu banyak rahsia tersembunyi disetiap aspek Silat Seni Gayong ini.Oleh kerana itu untuk memahami rahsia-rahsia ini perlukan tahap pengetahuan yang tinggi melalui tuntutannya.

Apa pun kalau kita fikirkan semula ,adakah kita ini mempunyai cukup bahan untuk memperjelaskan perkara sedemikian. Mungkin fahamannya ada dalam rangkap pantun karangan Almarhum Dato , kita pun belum kaji secara mendalam,terlalu banyak ruang kajian yang perlu dilakukan.

Pada  pandangan saya perbahasan tidak salah tapi biarlah ianya kena dengan ilmu, dan pandangan kita itu dapat membina kearah positifnya bukan hanya sekadar omongan untuk kepentingan semata-mata. Semoga ianya menjadi ilmiah yang terbuka agar diterima dan difahami dari aspek kepelbagaiannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...